Monday, October 29, 2012

Seminit dua: Pasti

Seminit dua:
Mata perhati keliling. Masing-masing sudah kembali pada Tuhan. Mereka sudah. Masa aku entah bila...mungkin esok, lusa?

Ayah, ibu, adik-beradik, makcik, pakcik, saudara mara, sepupu....

Semuanya , berkumpul. Luangkan masa lepas solat eid adha pagi itu untuk pergi menziarahi arwah pakcik dan atuk saudara di kubur.

Sunyi. Masing-masing berdoa untuk arwah. Rasa sebak. Siapa tak rindu pada orang yang kita sayang?

Moga di mudahkan urusan. Di limpahkan kasih sayang Tuhan. Moga arwah tenang di alam persinggahan. Sebelum bangkit semula untuk perhitungan depan Tuhan.

Aku. Diam.
Hati dan mulut tak berhenti berdoa. Mohon pada Tuhan. Merayu dalam diam.

Aku. Sunyi.
Serius merenung dan berfikir.

Sudah sedia untuk mati? Sudah siap bekalan buat bertemu Tuhan?
Sudah sempurna tiap suruhan? Sudah cukup beri manfaat dan kebaikan buat manusia? Risau. Takut.
Ya, sebab nyatanya aku belum bersedia. Masih leka. Masih main-main.

Arwah  bersama 2 orang anak saudaranya yang paling muda. Aisyah dan Muhammad Ammar. Sungguh, aku rindu saat itu!. ='(


Mati itu pasti, maut itu di tangan Tuhan

Syurga itu benar, neraka itu ada


Setiap amal baik akan dibalas, setiap yang buruk bakal terhitung


Penulis kiri kanan tak pernah leka catat tiap perbuatan. "24/7 days"


Tiada 'Emergency leave', atau 'MC' 


Hanya akur dan patuh dengan tugas di beri.


Tiap masa berlalu, tekun menulis. Jadi bukti untuk di persembah depan Tuhan


Supaya tak ada alasan untuk manusia berdalih mengelak dari di hisab.


Amal baik, buruk, aib, mulia, keji


Semuanya tercatit.


Penulis yang mana mahu disibukkan? Yang kiri atau kanan?

Beruntunglah jika yang kanan.


Rugilah kalau sebaliknya.


Saturday, October 20, 2012

Biasa terjadi

Semalam, perbualan dengan seorang kawan baik mengajar aku sesuatu. 
Kawan baik yang sudah aku kenal semenjak zaman asasi (pra-universiti)
Kami berkongsi pengalaman dan berbagi cerita.

Perbualan semalam sungguh mengingatkan aku tentang sikap sendiri. Menyedarkan aku tentang satu perkara. 

Soal 'biasa terjadi'.

Biasa terjadi
Kita akan menjadi watak yang lain bila berdepan dan berurusan dengan individu yang baru dikenali
Tak kira sama ada dengan rakan sekerja, sekuliah atau kenalan biasa.

Biasa terjadi
Kita akan menjadi sebaik mungkin depan mereka. 'Perfect'. Lengkap serba-serbi. 
Segala onar, aib, cacat cela, akan di tutup kemas langsung tersembunyi dari diketahui orang lain. 

Biasa terjadi 
Segala yang indah akan kita tonjolkan.
Dan tiap yang busuk dan aib peribadi kita sorokkan. 

Biasa terjadi 
Segala yang lompong dan tempang akan kita tutup dan luruskan dengan sikap dan watak baik kita.
Manusia yang mungkin baru mengenali kita akan berasa bahawa kita manusia sempurna dan hebat. 
Penuh motivasi dan memberi inspirasi.
Sosok tubuh yang patut di contohi.
 
Tapi, hakikatnya
Orang yang sudah lama kenal dan masak dengan perangai kita sudah tahu mana hitam, mana putih. 
Mana berlian, mana kaca
Mereka tahu siapa diri kita sebenarnya.

Mereka tahu,
Jauh dalam diri sendiri,
Kita sebenarnya rapuh 
Umpama kaca yang retak
Hanya tunuggu masa mahu berderai, pecah.

Jauh dalam hati 
Kita sebenarnya kosong, sunyi
Umpama tenggelam hingga ke dasar laut yang gelap tanpa di tembusi cahaya matahari.
Lemas. Hilang tempat bergantung harap. Tiada impian dan harapan.

Tapi,
Tak pernah aku mahu menyalahkan individu seperti ini.
Jauh sekali mahu menghukum mereka.
Apa aku ingat aku lebih suci?
Lebih mulia?
Tak. Jauh sekali
 
Sebab aku, engkau, kita semua bukannya malaikat.
Masing-masing punya aib dan sifat buruknya sendiri. Aku pasti. Mana ada insan yang sempurna?

Dan aku sedar, di situlah letaknya peranan seorang kawan. 
Ya. Mereka yang sudah lama bersama kita. Yang tahu baik buruk kita
Yang benar-benar tahu siapa kita bila berurusan dengan manusia lain.
Dan mereka itu akan sentiasa menegur dan melengkapi apa yang kurang dari kita.

Kita tak akan perrnah menjadi sempurna di depan manusia, tapi kita mampu menjadi 'sempurna' bila punya kawan yang saling melengkapi.
p/s: Dan perbualan semalam nyata berharga. Sebab aku tahu aku punya kawan yang amat istimewa. Yang aku sentiasa doakan kebaikan untuk dia. Dan selalu aku doa tanpa dia sedar. Sebab aku mahu doa itu makbul. Para malaikat mengaminkan dan Tuhan terima.

Tuesday, October 16, 2012

Seminit dua: Lupa Tuhan


Jadi pelajar sepenuh masa, punya tanggungjawabnya sendiri. Kuliah, assignment, seminar, forum, group study, kerja kumpulan, aktivisme. Semuanya tak lari dari fokus menuntut ilmu untuk manfaat kemudian hari.

Nanti, bila sudah bekerja (tak kisah sama ada bekerja sendiri atau makan gaji) lain pula kerenahnya..

Masing-masing, tiap hari berdepan tugasan dan amanah yang perlu di lunaskan. Bentuk dan tahap kesukarannya berbeza-beza. Lain orang lain ceritanya.

Cuma satu yang aku pasti, kadang-kadang kita mudah lupakan Tuhan.

Biasa jadi, urusan dan kesibukan dunia yang jadi tumpuan. Ya. Masa zaman pelajar dulu, sememangnya berlambak waktu lapang, mudah saja urusan agama seperti solat di tolak ketepi. Mahu didahulukan tugasan lain. Kononnya.

Sama juga bila sudah mula membina kerjaya sendiri. Ini lagi mencabar.

Berjumpa dan bergaul dengan manusia yang dari pelbagai latar belakang, dari pihak atasan dan pengurusan sampailah ke budak praktikal yang punya pengalaman baru 2-3 bulan.. Dari CEO hinggalah Tuan Cik Puan Cleaner. Masing-masing dengan karenah dan perangai tersendiri. Tak payah cerita tentang tugas pejabat yang tak kan pernah habis. Sadis kalau gagal seimbangkan antara tuntutan amal dunia dengan persiapan hari 'esok'.

Kadangkala kita hanya perlu donggak keatas, lihat langit dan ucap 'Alhamdulillah' untuk rasa betapa beruntungnya diri

Terkadang aku, bila malam, langit pula cerah dengan bintang, meriah dengan terangnya bulan. Suka aku lihat langit. Tak lama, seminit dua mungkin. Sekadar termenung, berangan, fikir, cakap seorang diri. Semua jenis emosi muncul. Dialog yang bersoal jawab tentang kisah masa depan dan impian sendiri laju saja muncul dalam hati. Otak pula ligat menafsir, ketimbang perihal baik buruk setiap perkara. Tanpa bunyi. Hanya suara dari alam jadi pengganti.

Dan semuanya akan buat aku ingat pada Tuhan. 'Alhamdulillah'. Itu perkataan yang paling indah aku kira. 

p/s: Selalu aku pesan pada diri, bilang dekat hati. Seimbangkan antara tuntutan kerja dan urusan dunia dengan persiapan dan bekal untuk mati. Takut mati datang menjemput tanpa kita sempat menyambut.

Saturday, October 13, 2012

Seminit dua: konsisten

Barang seminit dua lepas solat aku akan duduk sebentar. 
Termenung fikir sesuatu. Sunyi. Mulut terkunci. 
Yang ligat berfungsi hanya otak dan hati
Satu soalan dan pertanyaan muncul.

"Ada ketika sikap aku tak konsisten bila berkawan"

"Dengan si A, layanan dan perangai aku begini. Sungguh terbaik. Semuanya aku jaga. Tak ada silap salah. Perfect!"

"Dengan si B, mula berubah. Orang bilang 'take for granted'. Sambil lewa dan layan orang macam tunggul"


"Dengan si C, sikap makin teruk. Sebolehnya rasa malas mahu layan. Mana tak nya, si C itu langsung tak membantu apa-apa."

"Dengan si D, aku akan berbaik dan tegur bila sesak perlukan bantuan. Habis sudah ditolong, ucap terima kasih pun payah"



Dalam seminit dua itu, 
satu-persatu tingkah laku buruk dan sikap aku dengan tiap batang tubuh manusia A, B,C, D itu aku imbas semula. Ya, nyata aku memang tak adil. Tak konsisten dalam berkawan. 


Aku tahu itu salah. Sebabnya mudah. 
Sepatutnnya, dengan siapa pun engkau berkawan dan berurusan, harus dipastikan sikap mu konsisten. Malah diusahakan supaya makin bertambah baik.

Contohnya, jika si A itu di lihat memberikan kan kelebihan atau punya kepentingan buat kita (mungkin dari segi peluang bisnes), sikap kita berubah. Dilayannya si A bagai raja, penuh istimewa.

Tapi jika yang di jumpa itu si B, langsung di lihat tak punya apa, malah mungkin hanya membuang masa. Terus berubah 360 darjah!. Pura-pura di layan atau berkawan. 


Bila fikir semula.
Sungguh, 
jijik dan meluat dengan sikap sendiri.

Tempoh seminit dua itu benar-benar buat aku rasa malu. 
Baru saja sujud menyembah Tuhan. 
Tapi bila kembali berurusan dengan manusia jadi hamba yang teruk. Sikap berubah-ubah dan pilih bulu!.

-.-'


Masa seminit dua itu betul-betul buat aku malu.
Brangkali setiap sikap buruk dan tak konsisten itu buat aku makin jauh dari Tuhan.


Layanan dan sikap dalam berkawan perlu konsisten. Walau siapa pun dia.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "......Dan kamu akan mendapatkan sejahat-jahat orang adalah orang yang bermuka dua: dia pergi kepada mereka dengan satu muka, lalu pergi kepada yang lain dengan muka yang lain."
(Sahih Muslim, Kitab: Keutamaan para sahabat Nabi S.a.w.  # 1744)

Oh, What a world i’m livin’ in!

“We don’t see we keep hurting each other”

“All we do is just fight”

Most of the time, I noticed something is wrong about us (refer to the Muslim community). Yeah, seriously something is missing and lacking, yet we take it for granted.
I noticed that,
We tend to promote hatred than love at the first place..
We tend to promote harshness and assumption than to ask for understanding and clarific
ation...
We tend to promote grudge than peace..
and yet, we said: ‘ i’m a muslim and i’m doing dakwah’!


Oh, What a world i’m livin’ in!
-.-'

I think we should start with love and kindness first and build a sense of understanding with all the people from different religions.

Be curious, not judgemental.
Don't assume, ask first.

Monday, October 8, 2012

Dad

Mereka bilang seorang ayah itu adalah hero dan cinta pertama bagi anak lelaki dan perempuan. Ya, aku fikir memang betul. Selepas ibu, ayahlah insan lelaki yang paling dekat dengan diri seorang anak. Sosok tumbuh yang melindungi, simbol peribadi yang memimpin dan membimbing ahli keluarga.

Mungkin jarang mahu mendengar "I love you", "Sayang" dari tubir mulut ayah. 

Mungkin jarang untuk ayah ada ruang dan waktu untuk berbual bersama si anak dengan kerap.


Mungkin jarang terlihat si ayah senyum, sebab kebiasaanya lebih kelihatan serius dan tegas.


Tapi bila engkau makin dewasa, akal sudah dapat beza baik buruk, hati pula bisa kenal budi orang lain, pasti semua sifat ayah itu akan terangkum jadi kenangan terindah yang akan di bawa sampai mati. 

Nanti Engkau dapat 'lihat' dengan jelas nikmat Tuhan bahawa Cinta dan kasih seorang ayah  itu terluah dan terpancar dalam bahasa yang lain. Disitu lah terpampang jelas, uniknya insan di panggil abah, ayah, daddy, abi.

Setiap masa berlalu, anak-anak makin menginjak dewasa, ibu bapa pula meniti usia tua. Keringat tulang empat kerat zaman muda-mudi mungkin sudah tak segagah dahulu. Nikmat fizikal mungkin tak semengah dulu. Tapi nikmat kasih dan cintanya seorang Ayah pada keluarga terlebih lagi pada si anak takkan pernah pupus dan susut di makan usia malah semakin kukuh membekas dalam hati insan itu.

Dan tiap saat yang berlalu, tak kan pernah lupa untuk selalu berdoa buat mereka. Kenangkan mereka adalah antara nikmat terbesar dari Tuhan. 

Credit
“Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rizki, maka berbaktilah kepada ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim (dengan kerabat).” 

Hadis Riwayat Imam Ahmad. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib (no 2488) mengatakan bahawa hadis ini hasan lighoirihi, yaitu hasan dilihat dari jalur lainnya. 



p/s: Ini ada dua buku yang aku kira terbaik untuk dijadikan bacaan dan koleksi peribadi.

#1 Dear Mother! Dear Father!

#2 The 5 love languages
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis