Thursday, August 1, 2013
Umur yang berkat.
-------
Hadits dari Aisyah.
Beliau radhiyallahu ‘anha berkata
”Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar.
Apa yang aku katakan di dalamnya?”
Beliau menjawab,
”Katakanlah:
‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’
(Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku).”

Wednesday, July 31, 2013
Sapaan Tuhan
Sapaan khusus dari tuhan lebih seribu tahun lampau
Bukan sesiapa yang diseru
Bukan sebarang insan yang dipanggil
Tapi hamba yang dicintanya.
akan sentiasa berbasis dari Tuhan
Semata atas patuh dan tinggi cinta hamba terhadap Rabbnya
Walau celah mana si hamba menetap di bumi
Seruaan agama itu akan di sahut.
Walau hidup sebagai kelompok minoriti muslim di tanah asing
Panggilan wahyu itu akan di jawab
"Wahai orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa..."
Itu.
Panggilan agama dari Tuhan."kami dengar dan kami patuh"
Supaya dipenghujungnya, ada natijah dan impian yang ingin dicapai.
"..agar (dengan puasa itu) kamu menjadi
insan yang bertaqwa"
Bila ada makanan tersedia kiri kanan
Tapi dipilih untuk menahan sampai ke saatnya untuk berbuka
Bila ada nafsu berkeliaran
Tapi dipilih untuk dikawal, sederhana, dengan perisai iman
Bila ada kemewahan, wang berterusan
Tapi dipilih infaq, sedekah kepada yang memerlukan
| [Kredit] |
p/s: Kiranya buku ini aku fikir amat baik untuk dibaca. Ia buka manual perundangan yang membahas seputar hukum puasa dan ramadan. Ia dihadirkan kepada pembaca untuk kembali menghayati pensyariatan puasa itu sendiri. Ayuh, mula dari yang asas tentang erti dan tujuan As-Saum itu sendiri sebelum berlanjutan ke soal hukum. Nikmat ramadan beransur pergi, tapi belum pernah terlewat bagi diri muslim untuk perkemas niat dan amalan. Pasti, dengan izin Tuhan.
Friday, July 19, 2013
Pilihan
Kadang manusia akan punya pilihan,
#1 Belajar dari pengalaman sendiri: Diuji Tuhan untuk dia terusan belajar hakikat hidup didunia. Akan ada saja masalah, cabaran, ujian yang bersilih ganti.
#2 Belajar dari pengalaman manusia lain. Sama ada melalui pena yang tertuang di atas kertas atau didengar kisahnya untuk diambil pengajaran.
Kedua-duanya berkongsi penghujung yang sama:
Kisah & pengalaman itu dijadikan bekal yang sangat bernilai.
Jadikan diri sendiri makin mahu mengenal Tuhan dan mendekat dengan dia.
Insaf. Sedar hidup sekadar pinjaman. Ehsan dan rahmat Tuhan.
Ada sesuatu yang menanti selepas kematian.
Pastinya lebih baik dari segi kuantiti dan kualiti.
Ia bukan pengakhiran bahkan permulaan,
Untuk sesuatu yang lebih tinggi. Lebih bernilai.
Itu. Syurga dan redha Tuhan.
[Kredit] |
"Tidak mahu membuat sebarang keputusan walaupun terbentang didepan sekian peluang,
tanpa sedar, dalam diam dia telah pun membuat pilihan: memilih untuk tak memilih."
Sunday, June 9, 2013
Bilangnya digit itu bertambah dalam umur yang terus berkurang.
Perit, sakit, letih dan susah payah ibu mengandung, melahir, menyusu, menyuap suapan pertama ke mulut
Tiap peluh dan keringat empat tulang abah menyara kami sekeluarga.
Hari ini genap 24 tahun
Dan tiap tahun malah bila ada masa dan ruang, nasihat abah tetap sama
Selalu diulang supaya semua anak-anak dia
Pasak dalam hati
"Jangan tinggal solat, selalu doa mohon pada Tuhan"
| [Kredit] |
Harapnya apa yang lepas jadi pengajaran buat aku,
Tekad mahu terus maju kedepan
Sekali sekala toleh kebelakang, bukan untuk terus kenang dan hanyut dengan aib dosa lepas tapi untuk belajar dari yang silap, perbaiki apa yang kurang, mohon Tuhan pimpin tangan untuk terus diberi harapan.
Selangkah esok menjengah bulan Sya'aban
Siapa sedar tinggal sebulan mahu bertemu semula Ramadan.
Allah....
Cepat masa berlalu.
p/s: Habis menulis posting ini, dapat panggilan dari ibu, mahu wish happy birthday untuk anak dia yang seorang ni. Aku jawab "Happy birthday, tapi kena pergi kerja juga mak..haha"..Terus ibu ketawa. Dapat dengar suara dan doa dari ibu sudah lebih dari cukup aku kira. Selepas Tuhan & kekasih Muhammad, tak ada insan lain yang lebih utama dan penting melainkan ibu dengan Abah.
Tuesday, March 5, 2013
Just me, books & a nice cup of coffee
I just love the feeling of being alone and silent.
The moment of calm and relax. Just me, book, and the silent sound.
Allahu!
For each chapter of book that i read, it triggered my brain to ponder and reflect the message behind it.
The ideas inside it.
I think there is nothing better than to indulge myself in a good book.
| [Kredit] |
Even though I do enjoyed the natural and peaceful moment of being solitude, it would never be able to replace the feeling of being close to God during prayer [especially during sujood (prostration)].
Subscribe to:
Posts (Atom)