Wednesday, September 25, 2013

Sayap

Selalu percaya Tuhan

Dalam tiap ribut ujian
pasti terbentang lurus jalan

Berusaha. Jangan putus harap
Berdoa. Tuhan tak tinggalkan manusia terkapai tanpa sayap

"La hawla wala quwwata illa billah"

-- Tiada kekuatan & upaya melainkan dengan pertolongan Allah
[ Sahih Bukhari Jilid 009, Buku 093, Hadis Nombor 484.]


[Kredit]

Friday, September 20, 2013

kerehatan

Pesan sang nabi bila bertemu kesulitan

“Bangun ya Bilal, rehatkan kami dengan solat”. 


Ada masa rasa diri lemas dan hanyut dengan leka sendiri
Jujur, ada waktu, solat itu seumpama beban
Terkadang dilewatkan atau pura-pura sibuk dengan urusan lain

Mahu rasa nikmat kerehatan 
Rehatnya jiwa, tenangnya hati.

Dalam sujud yang aku panjangkan dari biasa, 
dalam diam, dengan penuh harap, aku bilang

Tuhan, mohon berikan aku kerehatan dengan solat ini.


Thursday, August 1, 2013

Umur yang berkat.

Moga Tuhan pinjamkan umur yang berkat untuk sempat bertemu malam Laylat al-Qadr.

-------
Hadits dari Aisyah.
Beliau radhiyallahu ‘anha berkata



”Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. 
Apa yang aku katakan di dalamnya?” 

Beliau menjawab,

”Katakanlah:
 ‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ 
(Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku).”

[HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih]




Wednesday, July 31, 2013

Sapaan Tuhan



Sapaan khusus dari tuhan lebih seribu tahun lampau
Bukan sesiapa yang diseru
Tapi jiwa yang diciptanya
Bukan sebarang insan yang dipanggil
Tapi hamba yang dicintanya.

Asas mulanya amalan
akan sentiasa berbasis dari Tuhan
Semata atas patuh dan tinggi cinta hamba terhadap Rabbnya

Walau celah mana si hamba menetap di bumi
Seruaan agama itu akan di sahut.
Walau hidup sebagai kelompok minoriti muslim di tanah asing
Panggilan wahyu itu akan di jawab


"Wahai orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa..."


Ya. Jiwa beriman.
Itu.
Panggilan agama dari Tuhan.
Katakan, 

"kami dengar dan kami patuh"

Supaya dipenghujungnya, ada natijah dan impian yang ingin dicapai.



"..agar (dengan puasa itu) kamu menjadi 
insan yang bertaqwa"



Hebat bukan kelompok jiwa seperti ini.
Bila ada makanan tersedia kiri kanan
Tapi dipilih untuk menahan sampai ke saatnya untuk berbuka
Bila ada nafsu berkeliaran
Tapi dipilih untuk dikawal, sederhana, dengan perisai iman
Bila ada kemewahan, wang berterusan
Tapi dipilih infaq, sedekah kepada yang memerlukan

Tak mahukah kita turut terpilih?
Mari, sahut sapaan itu dengan niat yang benar, kefahaman yang betul dan penghayatan yang mendalam.


anginawan:

Madad Ya Rasulullah,Madad ya Habiballah,:’(
[Kredit]
------------
p/s: Kiranya buku ini aku fikir amat baik untuk dibaca. Ia buka manual perundangan yang membahas seputar hukum puasa dan ramadan. Ia dihadirkan kepada pembaca untuk kembali menghayati pensyariatan puasa itu sendiri. Ayuh, mula dari yang asas tentang erti dan tujuan As-Saum itu sendiri sebelum berlanjutan ke soal hukum. Nikmat ramadan beransur pergi, tapi belum pernah terlewat bagi diri muslim untuk perkemas niat dan amalan. Pasti, dengan izin Tuhan.

Friday, July 19, 2013

Pilihan

Dalam hidupnya seharian,

Kadang manusia akan punya pilihan,

#1 Belajar dari pengalaman sendiri: Diuji Tuhan untuk dia terusan belajar hakikat hidup didunia. Akan ada saja masalah, cabaran, ujian yang bersilih ganti. 

#2 Belajar dari pengalaman manusia lain. Sama ada melalui pena yang tertuang di atas kertas atau didengar kisahnya untuk diambil pengajaran.

Kedua-duanya berkongsi penghujung yang sama:
Kisah & pengalaman itu dijadikan bekal yang sangat bernilai. 

Jadikan diri sendiri makin mahu mengenal Tuhan dan mendekat dengan dia.

Insaf. Sedar hidup sekadar pinjaman. Ehsan dan rahmat Tuhan.
Ada sesuatu yang menanti selepas kematian. 

Pastinya lebih baik dari segi kuantiti dan kualiti. 
Ia bukan pengakhiran bahkan permulaan,
Untuk sesuatu yang lebih tinggi. Lebih bernilai.

Itu. Syurga dan redha Tuhan.


[Kredit]
"Tidak mahu membuat sebarang keputusan walaupun terbentang didepan sekian peluang, 
tanpa sedar, dalam diam dia telah pun membuat pilihan: memilih untuk tak memilih."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis