Wednesday, October 23, 2013

Caci. Puji



Kalau alam boleh bersuara
Mungkin manusia akan lebih banyak dicaci banding dipuji

Kau rasa?








Tuesday, October 22, 2013

Ketakpastian


An autumn poem
[Kredit]
Sekadar pejam mata
pikir
merasa
perlahan
gementar.takut.resah.bolak-balik.lelah.lemas 
lemah.

pejam lagi mata
buat kali kedua
kali ini mula dengan bismillah
agak lama
jauh kedalam.
sudut paling kecil.penghujung.

buka mata.
sedut udara
tarik dalam-dalam
hembus perlahan-lahan
tenang. semangat datang
pesan sendiri
Tuhan pasti ganti yang lebih baik.

ada impian yang mahu dicapai.
soal ketakpastian serah pada pemilik
apa saja baik bagi tuhan 
tentu baik untuk diri.

dan
kali yang ketiga
pejam mata semula
lena dalam tidur.
moga Tuhan kirim mimpi yang indah.


Guru pertama


[Kredit]
Guru pertama
Yang bersuara 
berbicara tentang kasih & cinta
walaupun belum bertemu mata

Guru terawal
Yang membelai
tahu luar & dalam
jiwa bersih 
penghuni syurga

Guru utama
Yang berbicara
mendidik
hingga tahu tulis baca


Bonda.
Selamanya tak terbalas jasa
Tiap masa
Doa
syurga untukmu...

Sunday, October 20, 2013

Tuhan ar-rahman ar-rahim

[Kredit]
Perlahan
Tuhan 
mohon tunjukkan jalan

Beransur

Ar-Rahman
Mohon pinjamkan kekuatan

Lelah dan kadang lemas

walau habis puas disedut nafas

Sekecil-kecil

Ar-Rahim
Rayu dalam sujud
Pipi rasa suam
Basah

Tuhan saja tahu 
saat itu 
sudut terdalam hati dia.

Besarnya rahmat 
Luasnya nikmat
Tapi dalam dosa
dia masih bergelut....




Sunday, October 13, 2013

Sepakat. Berbeza


*  ’ و لأنّكِ صديقتي ، ستكون الحياةُ جميلة .. و أجمل مما أتصوّر ()
[Kredit]
-- Aku pesan diri
Lapangkan dada
Besarkan jiwa

-- Aku bilang dalam hati
Mungkin dalam banyak hal yang kita sepakat
ada juga sisi yang berbeza

Cumanya, bagaimana diurus soal yang asing
jelas menuntut hikmah kebijaksanaan

Dan hikmah itu adalah melakukan sesuatu yang betul, tepat pada masanya dan sesuai dengan suasana.

Yang diharapkan,
perbezaan itu bukannya jadi sebab melemah kekuatan
tapi jadi kesempatan pelengkap kekurangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis