Monday, October 28, 2013

Mimpi. Rindu

[Kredit]
Usai solat. Sejadah dilipat
Dia baring. Terlentang atas tilam

Penat dengan dunia
Mahu berehat sekejap bilangnya
Cuba tidur. Dipejam mata

Malam ini bulan terlihat indah.
mungkin sebab sudi menampakkan wajah

Dia pesan sendiri.

"Tuhan, malam ini aku ingin bermimpi nabi"

"Rindu"

Bisik hati

Doa penuh perasaan
tinggi pengharapan

Pipi terasa basah.
Tak sedar
Empang mula pecah

Mugkin sebab terlalu rindu.


Thursday, October 24, 2013

Harapan. Impian

[Kredit]
Yang menyimpan harapan
ilmu diamal
dari lembar kertas
disemai
berbakti pada alam

Yang menaruh impian
Seimbang antara
hutan konkrit dan rimbun hijau
tak rakus
menarah bukit
menebang pokok yang perit
tak ghairah
mencemar langit
menyumbat sungai yang sempit

sukar
betul

Janggal
siapa sangkal

kesedaran yang ada
sekerat cuma

biarlah suara sinis 
menari lagak
tapi selagi jasad mengandung jiwa
alam tak sekali diabai
terbiar tak dibela.


Wednesday, October 23, 2013

Caci. Puji



Kalau alam boleh bersuara
Mungkin manusia akan lebih banyak dicaci banding dipuji

Kau rasa?








Tuesday, October 22, 2013

Ketakpastian


An autumn poem
[Kredit]
Sekadar pejam mata
pikir
merasa
perlahan
gementar.takut.resah.bolak-balik.lelah.lemas 
lemah.

pejam lagi mata
buat kali kedua
kali ini mula dengan bismillah
agak lama
jauh kedalam.
sudut paling kecil.penghujung.

buka mata.
sedut udara
tarik dalam-dalam
hembus perlahan-lahan
tenang. semangat datang
pesan sendiri
Tuhan pasti ganti yang lebih baik.

ada impian yang mahu dicapai.
soal ketakpastian serah pada pemilik
apa saja baik bagi tuhan 
tentu baik untuk diri.

dan
kali yang ketiga
pejam mata semula
lena dalam tidur.
moga Tuhan kirim mimpi yang indah.


Guru pertama


[Kredit]
Guru pertama
Yang bersuara 
berbicara tentang kasih & cinta
walaupun belum bertemu mata

Guru terawal
Yang membelai
tahu luar & dalam
jiwa bersih 
penghuni syurga

Guru utama
Yang berbicara
mendidik
hingga tahu tulis baca


Bonda.
Selamanya tak terbalas jasa
Tiap masa
Doa
syurga untukmu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis