Wednesday, October 9, 2013
Hak & daya memilih
masa yang pantas berlalu,
tahun demi tahun
Tuhan mengajar
dan aku belajar.
belajar meningkat dewasa,
belajar membina fikiran,
belajar mengukuh perasaan
jiwa luar dan dalam.
Dan masa yang berlalu,
aku makin sedar
bahawa manusia bukan milik manusia
Ia milik Tuhan, pemilik dunia
Dibanding diri yang secebis pengalaman
satu perkara yang jelas aku nampak
setiap manusia punya hak & daya memilih
Terpulang dan terserah
Setiap jalan yang dipilih, hujungnya punya natijah berbeza
[Kredit] |
itu tugasnya merasai
-- Akal
itu tempatnya berfikir
Gunakan kedua-dua & kau akan sedar betapa bertuahnya jadi manusia.
p/s: tiap pilihan yang kita ambil, boleh dijangka natijah yang akan diundang, tapi caturan Tuhan itu biasanya luar jangkaan. Yang penting, sangka baik pada Tuhan dan maju terus ke depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment