Saturday, October 20, 2012

Biasa terjadi

Semalam, perbualan dengan seorang kawan baik mengajar aku sesuatu. 
Kawan baik yang sudah aku kenal semenjak zaman asasi (pra-universiti)
Kami berkongsi pengalaman dan berbagi cerita.

Perbualan semalam sungguh mengingatkan aku tentang sikap sendiri. Menyedarkan aku tentang satu perkara. 

Soal 'biasa terjadi'.

Biasa terjadi
Kita akan menjadi watak yang lain bila berdepan dan berurusan dengan individu yang baru dikenali
Tak kira sama ada dengan rakan sekerja, sekuliah atau kenalan biasa.

Biasa terjadi
Kita akan menjadi sebaik mungkin depan mereka. 'Perfect'. Lengkap serba-serbi. 
Segala onar, aib, cacat cela, akan di tutup kemas langsung tersembunyi dari diketahui orang lain. 

Biasa terjadi 
Segala yang indah akan kita tonjolkan.
Dan tiap yang busuk dan aib peribadi kita sorokkan. 

Biasa terjadi 
Segala yang lompong dan tempang akan kita tutup dan luruskan dengan sikap dan watak baik kita.
Manusia yang mungkin baru mengenali kita akan berasa bahawa kita manusia sempurna dan hebat. 
Penuh motivasi dan memberi inspirasi.
Sosok tubuh yang patut di contohi.
 
Tapi, hakikatnya
Orang yang sudah lama kenal dan masak dengan perangai kita sudah tahu mana hitam, mana putih. 
Mana berlian, mana kaca
Mereka tahu siapa diri kita sebenarnya.

Mereka tahu,
Jauh dalam diri sendiri,
Kita sebenarnya rapuh 
Umpama kaca yang retak
Hanya tunuggu masa mahu berderai, pecah.

Jauh dalam hati 
Kita sebenarnya kosong, sunyi
Umpama tenggelam hingga ke dasar laut yang gelap tanpa di tembusi cahaya matahari.
Lemas. Hilang tempat bergantung harap. Tiada impian dan harapan.

Tapi,
Tak pernah aku mahu menyalahkan individu seperti ini.
Jauh sekali mahu menghukum mereka.
Apa aku ingat aku lebih suci?
Lebih mulia?
Tak. Jauh sekali
 
Sebab aku, engkau, kita semua bukannya malaikat.
Masing-masing punya aib dan sifat buruknya sendiri. Aku pasti. Mana ada insan yang sempurna?

Dan aku sedar, di situlah letaknya peranan seorang kawan. 
Ya. Mereka yang sudah lama bersama kita. Yang tahu baik buruk kita
Yang benar-benar tahu siapa kita bila berurusan dengan manusia lain.
Dan mereka itu akan sentiasa menegur dan melengkapi apa yang kurang dari kita.

Kita tak akan perrnah menjadi sempurna di depan manusia, tapi kita mampu menjadi 'sempurna' bila punya kawan yang saling melengkapi.
p/s: Dan perbualan semalam nyata berharga. Sebab aku tahu aku punya kawan yang amat istimewa. Yang aku sentiasa doakan kebaikan untuk dia. Dan selalu aku doa tanpa dia sedar. Sebab aku mahu doa itu makbul. Para malaikat mengaminkan dan Tuhan terima.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis