Tuesday, October 16, 2012

Seminit dua: Lupa Tuhan


Jadi pelajar sepenuh masa, punya tanggungjawabnya sendiri. Kuliah, assignment, seminar, forum, group study, kerja kumpulan, aktivisme. Semuanya tak lari dari fokus menuntut ilmu untuk manfaat kemudian hari.

Nanti, bila sudah bekerja (tak kisah sama ada bekerja sendiri atau makan gaji) lain pula kerenahnya..

Masing-masing, tiap hari berdepan tugasan dan amanah yang perlu di lunaskan. Bentuk dan tahap kesukarannya berbeza-beza. Lain orang lain ceritanya.

Cuma satu yang aku pasti, kadang-kadang kita mudah lupakan Tuhan.

Biasa jadi, urusan dan kesibukan dunia yang jadi tumpuan. Ya. Masa zaman pelajar dulu, sememangnya berlambak waktu lapang, mudah saja urusan agama seperti solat di tolak ketepi. Mahu didahulukan tugasan lain. Kononnya.

Sama juga bila sudah mula membina kerjaya sendiri. Ini lagi mencabar.

Berjumpa dan bergaul dengan manusia yang dari pelbagai latar belakang, dari pihak atasan dan pengurusan sampailah ke budak praktikal yang punya pengalaman baru 2-3 bulan.. Dari CEO hinggalah Tuan Cik Puan Cleaner. Masing-masing dengan karenah dan perangai tersendiri. Tak payah cerita tentang tugas pejabat yang tak kan pernah habis. Sadis kalau gagal seimbangkan antara tuntutan amal dunia dengan persiapan hari 'esok'.

Kadangkala kita hanya perlu donggak keatas, lihat langit dan ucap 'Alhamdulillah' untuk rasa betapa beruntungnya diri

Terkadang aku, bila malam, langit pula cerah dengan bintang, meriah dengan terangnya bulan. Suka aku lihat langit. Tak lama, seminit dua mungkin. Sekadar termenung, berangan, fikir, cakap seorang diri. Semua jenis emosi muncul. Dialog yang bersoal jawab tentang kisah masa depan dan impian sendiri laju saja muncul dalam hati. Otak pula ligat menafsir, ketimbang perihal baik buruk setiap perkara. Tanpa bunyi. Hanya suara dari alam jadi pengganti.

Dan semuanya akan buat aku ingat pada Tuhan. 'Alhamdulillah'. Itu perkataan yang paling indah aku kira. 

p/s: Selalu aku pesan pada diri, bilang dekat hati. Seimbangkan antara tuntutan kerja dan urusan dunia dengan persiapan dan bekal untuk mati. Takut mati datang menjemput tanpa kita sempat menyambut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis