Wednesday, December 12, 2012

Pakej

Kau puas?
Bila yang
Busuk
Jijik
Jelek
Keji 
Semua kau pakej kan sekali

Kau puas?
Bila pakej tu 
Kau balut dengan kertas hasad dengki
Kau hias dengan riben busuk hati
Kau bungkus dengan bekas iri hati


Kau puas?
Pakej serba serbi indah ternampak dari luar
Tapi dalamnya penuh berulat. Berbau

Kau puas?
Pakej begitu mahu kau bagi pada orang.
Pakej macam itu kau mahu kirim dekat manusia.

Kau puas?

Aku ulang. Kau puas?


-Universiti Malaya, 2012

[Kredit]
Aku suka minum kopi. Aromanya, cawan yang diguna, rasa dan corak buih yang ada. Satu pakej yang indah. Aku kira. Unik. Tapi akan jadi cacat bila si penghidang atau pelayan bermuka ketat (baca: susah senyum), bengis, kelat, kasar, pemarah. Pakej yang ada pada kopi jadi basi. Biasa.


p/s: Agama itu pakejnya cukup indah, cantik, mudah, lengkap. Asasnya disebarkan dengan hikmah penuh kasih sayang. Hikmah itu di akal. Kasih sayang itu soal perasaan. Di hati letaknya. Jangan pakej agama itu jadi busuk berulat dengan sebab sikap dan peribadi yang jelek.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis