Saturday, December 22, 2012
Strangers
Selalu aku fikir seorang diri. Kerap aku cakap dalam hati.
Tiap manusia yang aku jumpa setiap hari bukan semata-mata secara kebetulan.
Aku percaya dan aku yakin. Sangat. Itu semua sudah Tuhan tentukan. Sudah Tuhan caturkan. Ada sebab pengajaran yang Tuhan mahu aku belajar. Ya. Pasti.
Entah. Sejak aku mula kerja, duduk dalam dunia baru (luar dari suasana sebagai pelajar universiti), berjumpa, bergaul dengan rakan sekerja yang aku tak kenal. Strangers
Aku rasa seronok sebenarnya. Sebab aku suka dengan suasana baru yang secara tak langsung mengajar aku lebih berdikari. Independent.
Suka berjumpa kenalan baru. Belajar dan berinteraksi dengan pelbagai jenis manusia. Semua itu berdikit-dikit mematangkan aku. Tambah pengalaman peribadi.
Manusia yang Tuhan takdir kan untuk jadi kawan aku. Untuk jadi tempat dia cerita kisah pahit manis tawau kelat masin masam pedih perit. Sebut saja apa.
Dari sepekat hitam, amal jahiliah hingga dosa besar yang dilarang Tuhan.
Selalu pertanyaan ini keluar,
"Apa Tuhan mahu aku belajar dari manusia A ni?"
"Kenapa Tuhan takdirkan aku jadi salah seorang kawan baik manusia B ni?"
"Baru ja kenal tak sampai sebulan, hampir semua cerita keluarga, kisah silam dia cerita dekat aku. Gila apa mamat ni?"
Maaf. Aku tak nak coretkan apa kisah lama dan sisi gelap dia dekat sini. Itu bukan benda yang nak di highlight kan.
Soalnya, Tuhan temukan aku dengan manusia ini. Dan banyak benda aku belajar. Sangat.
Bila Tuhan kirim seseorang dalam hidup kita, Tuhan mahu sama ada kita belajar dari mereka atau jadi kawan selamanya. [Kredit] |
Tiap strangers yang aku kenal, ia umpama satu bab baru dalam buku kehidupan aku. Jadi cerita yang aku coretkan. Jadi teman baru dalam kembara perjalanan. Kawan backpack.
Dan pastinya, langsung aku tak pandang hina manusia begini. Malah dia mungkin lagi mulia di sisi Tuhan. Lagi Tuhan kasih dan sayang banding dengan aku. Siapa tahu?
Aku hanya mahu lihat sisi positif dan baik dari tiap stranger yang aku kenal. Soal aib dan kudis dia tak perlu ambil tahu. Cukup sekadar jadi iktibar. Jadi sempadan untuk diambil pelajaran. Tak perlu ungkit mahu kecoh satu dunia.
- Muzze, Pantai Hillpark
- Muzze, Pantai Hillpark
p/s: Jujurnya, aku jenis manusia yang susah sikit mahu kongsi masalah. Luah perasaan. Berbagi kisah sedih. Semua cerita sedih, tertekan, sakit hati teramat, benci, bengkek, bengang. Aku pendam. Aku telan. Aku kunyah. Aku hadam. Lebih selesa semua yang pahit tersimpan kemas dalam hati. Sekadar diam dan senyum depan orang. Tapi kemuncaknya, Tuhan jadi tempat aku luah semuanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mashaALlah just so touch by ur writing..
Aku hanya mahu lihat sisi positif dan baik dari tiap stranger yang aku kenal. Soal aib dan kudis dia tak perlu ambil tahu. Cukup sekadar jadi iktibar. Jadi sempadan untuk diambil pelajaran. Tak perlu ungkit mahu kecoh satu dunia.
tq
Seronok kenal manusia (stranger)...dan tiap individu yang kita jumpa dan kenal ada kisah masing-masing...
Mahu elak diri dari cepat menghukum & bersikap prejudis memang susah, biasa kita akan cepat fikir bukan-bukan. Selalu anggap macam-macam yg belum tentu betul.
Sy pernah ada sikap buruk macam ni, tapi sikit-sikit Tuhan ajar...kena belajar jadi pendengar yang baik dulu sebelum buka mulut mahu sembur nasihat.
=)
p/s: moga di mudahkan tiap urusan n di murahkan rezeki kak! =)
Post a Comment