Wednesday, February 6, 2013

Pagi. Awal

Kau punya semangat menggunung

Rindu mahu bertemu pagi
Jadi angau dengan awal.

Rindu mahu punya semangat dan tekad yang sama malah makin bertambah.

Terkadang, waktu pagi yang datang, awalnya sebelum matahari muncul menyapa
Hargai detik itu. Penuhkan tiap inci akal dengan aroma yang indah dan positif
Sedut dalam-dalam udara bahagia dan segar
Hembus puas-puas tiap lelah yang menyakitkan hati
Nanti kau akan rasa, harimu bermula hebat penuh semangat!

Oh ya,
Jangan lupa detik pagi, awal itu
Doakan kebahagian buat orang tua
Terlebih lagi si ibu
Sentiasa letak dalam hati. Dalam-dalam. 
Pasak dekat hati. Kemas-kemas. 
Ikat pada hati. Ketat-ketat
Biar kukuh. Jangan longgar


"Tuhan, tolong jagakan ibu bapaku, mereka nyawa aku. Lebih dari segalanya"


Dan pastinya, itu semua mula dengan intimnya hubungan kau dengan Tuhan. Sujud cium ke bumi, tanda rendahnya diri.

[]Kredit]
 
Ya, betul, rumah aku bukan di tepi pantai, boleh renung matahari kala petang pulang, berganti malam milik si bulan. Tapi kalau tiap pagi Tuhan izin aku jengah tingkap, punya peluang dapat lihat langit memutih luas, kepul awan cantik terhias sudah lebih dari cukup untuk buat hati aku gembira. 
 
Syukur!
 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis