Friday, February 15, 2013

Yang pertama. Tertinggi

Mencintai dia dengan terlalu
Tapi, belum sampai masa meluah rasa
 
Merindui dia dengan teramat.
Tapi harus diurus bijak. kena tekad

Tuhan
Bantu aku jadi kuat. Belajar sabar
Beri ruang dan masa persiap diri.
Persediaan serba-serbi.

Harus punya rancangan. Beza antara angan dengan matlamat
Terlebih utama, tanggungjawab pada ibu dan keluarga aku kena dahulukan.
Belajar jadi matang pada keluarga sendiri

Pastinya segala yang aku buat untuk keluarga atau orang sekitar semata sebab Tuhan.
Hanya untuk Tuhan.
Itu yang pertama dan tertinggi.
Selainnya datang kemudian. Ikut rapat di belakang

Agama dan Tuhan
Jadi asas aku dalam tiap urusan dan keputusan.
Sebab akhirnya aku tahu
Rasa cinta, rindu yang amat itu Tuhan juga yang pinjamkan.
Perasaan itu asal dan puncanya dari pencipta.
Bila-bila saja dia boleh tuntut. Minta dikembalikan apa yang diberi pinjam


[Kredit]

Aku kena belajar bersyukur.
Jangan tinggal solat.
Bila kau hilang cinta Tuhan.
Rasa sunyi. Keseorangan. Kelabu arah tuju. Binggung

----

Mesti rasa perit. Kan?



5 comments:

saie said...

muzze dah nak menikah ka???. Selamat bertahan dan bersabar :)

Muzze said...

haha, cepat saja kamu respond pasal ni...siapa tak mahu nikah? Berumah tangga? -.-'
Tapi belum masa lagi, doakan ya..

memang tengah belajar sabar..mesti susah kan??

Izzati Hashim said...

Tuhan,
ajari aku erti sabar.
Agar aku bisa bertahan dalam penantian yang mendugakan.

:)



p.s : Sabar itu memang susah. Tapi itulah manisnya. ('=

saie said...

of course, tapi tak pe, berbaloi

Muzze said...

Dr Izzati

Fuhh...bila doktor Zati mula berpuisi & menulis kata2 yg indah...=)

Semuanya dari Tuhan...barang sedikit dua, nikmat sekecil cuma

Aku kena selalu belajar syukur, guna sebaiknya apa yg Tuhan beri pinjam...semuanya nanti bakal di tanya...

Yep, susah mahu sabar...payah! Depan belakang terlimpah ujian, kiri kanan terlambak hiburan, tiap penjuru setan bisik mahu goda...

May Allah bless you Doc!!

p/s: I need to lower my gaze more...n more...n more....not just physical eyes, but also deep inside my heart...=( may Allah helps me...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis