Ketakpastian
Sekadar pejam mata
pikir
merasa
perlahan
gementar.takut.resah.bolak-balik.lelah.lemas
lemah.
pejam lagi mata
buat kali kedua
kali ini mula dengan bismillah
agak lama
jauh kedalam.
sudut paling kecil.penghujung.
buka mata.
sedut udara
tarik dalam-dalam
hembus perlahan-lahan
tenang. semangat datang
pesan sendiri
Tuhan pasti ganti yang lebih baik.
ada impian yang mahu dicapai.
soal ketakpastian serah pada pemilik
apa saja baik bagi tuhan
tentu baik untuk diri.
dan
kali yang ketiga
pejam mata semula
lena dalam tidur.
moga Tuhan kirim mimpi yang indah.
1 comment:
deep writing..
deep meaning..
dengan iman, tiada resah, tiada gundah gulana..seems like u already get those.. i am jealous.
Post a Comment