Thursday, January 24, 2013

--- Tingkap

Jenguk ke luar tingkap. Sebentar
Nanti kau akan lihat ada kucing datang menyapa.
Mahu cari kawan. Berkenalan


Jenguk ke luar tingkap. Sekejap
Nanti kau akan jumpa kucing datang bertamu.
Kucing yang entah dari mana
Tapi setia berkawan. 
Jujur cari tuan.


Jenguk ke luar tingkap. Nanti
Kucing itu minta di suap makanan
Di goyang-goyang ekornya
Tanda mahukan perhatian
Walau secebis
Itu sudah lebih dari cukup


Tingkap. 
Kucing
Aku.
Kucing 

--- binatang berbulu, punya nafsu tanpa akal, kebebasannya terhad. Hidupnya seputar makan, minum, berak dan membiak. Kitaran hidup yang sudah Tuhan aturkan. Caturkan




Aku

--- manusia, punya nafsu dan akal. Hidup lebih dari sekadar 4 perkara tadi. Bebas sebebasnya untuk memilih. Sama ada,


#1 Mahu pilih hidup bertuhan. Jalan yang terang dengan bimbingan. Jelas terlihat dan punya matlamat. Kembali kepada fitrah jadian diri. Yang asalnya bersih suci.

atau,

#2 Mahu pilih hidup meliar bebas tanpa tujuan. Meraba-raba dalam gelap. Lemas dan hanyut dengan tipuan mainan dunia.


Pilihlah antara 2 

"Dan katakanlah: Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu;
Maka barangsiapa yang ingin beriman hendaklah ia beriman, 
dan barangsiapa yang ingin kafir, biarlah ia kafir"














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis