Tuesday, January 1, 2013
Yang terbaik. Sentiasa
[Kredit] |
Aku doakan yang terbaik untuk teman rapat aku.
Kawan yang aku kenal sejak zaman pre-universiti (asasi) sampai lah aku selesai degree
Dan hingga sekarang kami masih berkawan rapat.
Sama-sama belajar, telan pahit manis pengalaman yang berdikit-dikit mematangkan diri.
Sama-sama menuntut, redah tiap susah senang peristiwa yang terus-terusan jadi pengajaran.
Senyap-senyap
Aku mohon Tuhan beri yang terbaik untuk dia.
Sentiasa.
Tuhan mudahkan urusan dia.
Selalu.
Nama dia aku sebut dalam doa.
Terlebih lagi bila tahu dia mahu menyunting seorang gadis.
------------------
Kisahnya,
Kelmarin, sehari sebelum menginjak tahun baru.
Kami duduk berjumpa, minum-minum di restoran mamak.
Berborak seputar pengalaman dulu
Berkongsi kenangan tahun-tahun awal semasa di universiti.
Kemudiannya teman rapat ini mula meluah apa yang terpendam.
Menzahir apa yang di dalam.
Dan aku cuba jadi pendengar yang baik. Tanpa terus melulu tembak bertubi-tubi peluru nasihat.
Bilang sahabat ini, niat dia, selepas habis final exam mahu meluah rasa suka dan berkenan pada seorang gadis.
Kemudian mahu melamar jika sudi menjadi isteri.
Dari riak muka dan gaya cakapnya, nampak dia tekad dan punya prinsip.
Sudah di pasak niat dan jelas apa yang mahu di buat.
--------------------
Aku bilang pada teman rapat ini:
'Teruskan niat, istikharah. moga di tetapkan pendirian. Dikuatkan hati. InsyaAllah, niat baik. Moga Tuhan mudahkan'
"Jadi serius dan gentleman, kalau sudah tahu hati masing-masing dan positif (both of you are on the same page), muliakan wali (Ayah) dia. Beritahu apa yang dipendam dalam hati. Kedua orang tua dia lebih patut diutamakan jika betul-betul serius"
"Perkara macam ini jangan sekali-kali dibuat main. Suka-suka. Sekadar mahu test market. Aku yakin tak ada wanita yang waras dan rasional mahu soal perasaan di buat jokes"
Itu bilang aku pada dia. Ringkas dan tegas.
-----------------------
Sama ada hasilnya nanti positif atau tak.
Pastinya, doa aku dalam diam dan senyap-senyap
Yang terbaik buat engkau sahabat. Sentiasa!
p/s: Sahabat baik aku ini akan mula menduduki peperiksaan akhir dia dalam minggu ini. Mohon doanya! Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment