Friday, January 4, 2013

Semuanya tunduk, patuh.



[Kredit]

Langit, bila rindu pada bumi,
diluahnya lewat rintik hujan.
Supaya tanah yang dulunya kering, kontang, mati.
Jadi subur ditumbuhi tanaman. Menghijau.
Berbunga yang ragam. Menghasil buah yang ranum. Pelbagai rasa.
Ada masam, manis, kelat, payau, tawar, kelam.


Langit jadi suka
Rindunya kini tertumpah jadi kebaikan dan manfaat pada bumi.
Jadi sumber tumbuhnya hidupan.  
 
Tapi,
Rindu langit pada bumi. 
Lebih lagi rindunya pada Tuhan.
Tunduk patuh dengan tiap perintah.
Akur dengan tiap suruhan.
Tak pernah bilang enggan.
Tak terpikir mahu menentang. Apa lagi mahu engkar menyombong diri.
Kononnya merasa diri lebih mulia atau berkuasa dari Tuhan?



Langit, bumi dan tiap ciptaan yang aku nampak
Tinggi penyerahan mereka pada Tuhan.
Rendah diri mereka banding Tuhan.


----------------
[Kredit]

Terkadang kita kena kerap perhati alam sekeliling. Bukan maksudnya termenung kosong atau melangut buang masa. Tapi perhatikan tiap inci kejadian yang ada (langit, bumi, matahari, bulan, tumbuh-tumbuhan, haiwan, gunung, bukit, malah diri kita sendiri).
Kaji, fikir dan imbas tiap ciptaan tersebut.
Renung dan tenung tiap proses perubahan yang berlaku.
Pasti akan terbit rasa kagum teramat. Timbul rasa kerdilnya diri kita.

-----------

[Kredit]
Kalau aku yang memandang lukisan potret
Perlukan ketelitian tinggi.
Perlukan tumpuan dan kehalusan mendalam untuk menyiapkan satu-satu lukisan
Tapi tinggi lagi penciptaan langit bumi.
Sempurna lagi apa yang Tuhan lukis.
Hebat lagi alam yang Tuhan hasil.   
Dan, pastinya
hebat mana matahari bulan, tinggi mana langit awan, luas mana bumi hamparan
Semuanya tunduk, patuh pada Tuhan.  

------------

Al-Quran, tidaklah engkau jadikan semua ini sia-sia.



".......Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia..."
Al-Imran (3:191


Terusan bicara Tuhan ini jadi peringatan 
supaya aku sedar tujuan hidup.
Dan tak lupa saat aku akan kembali semula jumpa Tuhan. 


-----------------------
 
p/s: Selalu aku pesan diri sendiri: "Walau tinggi mana impian, hebat mana capaian, simpan dan pasak 2 ayat ini dalam hati yang paling dalam. [2:30], [51:56] 

 

3 comments:

Izzati Hashim said...

Salam alaik.

Nice! :)

Bicara alam yang meruntun kalbu.
Kadang, aku malu pada mereka.
Kerna mereka setiap detik setiap saat bertahmid pada Tuhan yang Maha Esa. ('=

Muzze said...

Waalaikumsalam Dr,

Jazakillah for u visiting, may Allah bless u =)

ya, alam tak pernah putus pujian dan mengesakan Tuhan.

Alam sekeliling kadang jadi sumber peringatan kita.

Sekadar dengar bunyi ombak dekat pantai, sekadar dengar bunyi2 burung/haiwan dalam hutan, rasa tenang tu datang...soothing

Kadang bila sekadar tengok matahari terbenam, sekadar perhati langit, rasa sayu tu datang.....nyaman

Selalu doa dan harap Tuhan sentiasa beri petunjuk, bimbing kita semua supaya tak lengah bertaubat...tak cepat putus asa bila diuji...amin2




Izzati Hashim said...

Amiin.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis