Thursday, March 22, 2012

Leaving Microsoft to Change the World #1

Serious osem! [sungguh tak tipu]

Buku travelog tulisan John Wood betul-betul luar biasa. Antara buku yang ku kira terbaik pernah dibaca. (Terus terang, aku bukanlah peminat buku-buku tebal beratus muka surat) -.-'

Tapi, karya 'Leaving Microsoft to Change the World' berjaya buatkan aku terus mengunyah & menghadam intipati dan kisah hidup beliau dalam usaha memberikan harapan & peluang pendidikan kepada kanak-kanak di negara membangun. Dengan tekun aku baca dari satu bab ke satu bab, sampailah ke page terakhir.

Sinopsis buku:
"Sekiranya kita pernah terfikir hendak meninggalkan kerjaya sekarang bagi menempuh suatu pengembaraan hidup yang hebat, dan dalam masa yang sama meraih peluang berbakti kepada orang lain, kisah penglaman hidup John Wood bisa memberi inspirasi. Kisah beliau ini menawarkan gambaran jelas, penuh dengan emosi & cerita yang mengasyikkan tentang bagaimana beliau mengambil setiap pengajaran yang dikutip ketika bertugas di sebuah syarikat gergasi dunia iaitu Microsoft, & menggunakannya bagi mengatasi masalah sosial yang paling meruncing di dunia"

Versi English

Buku yang dibeli, versi Melayu


Sedikit "trailer & teaser" dari buku ni. Mahu tahu sepenuhnya, kenalah baca buku ni (Baru feeling) kan? ^^


"Kita sekarang mempunyai sebuah perpustakaan yang penuh dengan buku. Dalam setiap buku, terkandung segala keajaiban yang tersembunyi di dunia ini. Dengan membaca buku, kalian semua boleh belajar & mengubah masa hadapan keluarga & negara kita" [pg: 58]                                                                                                                                                              

"Sukarelawan termuda bagi projek (pembinaan sekolah) itu adalah anak bongsu mereka, Kavith. Pada umur semuda 4 tahun, anak kecil ini membawa batu-bata, satu persatu pada satu masa & memberikannya pada pekerja yang sedang mendirikan sekolah itu. Seperti bapanya, anak kecil ini tidak pernah merungut, dia hanya melakukan sesuatu tugas yang dia fikir ia perlu di lakukan" [pg: 438]
*mata aku masuk habuk bila baca kisah anak kecil bernama Kavith ini. Seawal umur 4 tahun, permainannya adalah batu-bata dibawah panas terik matahari!  -.-'


"...di Niger lapan daripada 10 kanak-kanak hanya belajar sehingga darjah 5 sahaja" [pg: 292]
*owh, snap on my face!....insaf...betapa beruntungnya diri, ada peluang belajar sampai unibersiti! -sekali lagi mata masuk habuk-      -.-'


"Setiap pagi, sekumpulan daripada mereka bangun sebelum matahari terbit, lalu berjalan menuruni bukit selama sejam ke tepi jalan besar bagi mengambil beg-beg simen yang disimpan di situ. Mereka kemudian mendaki semula bukit itu selama satu setengah jam dengan membawa beg simen itu menuju ke kampung mereka. Beg itu seberat 50kg/110 paun!"  Mereka itu adalah kaum ibu!  [pg: 213]

"...kepercayaan mereka pada nilai kesaktian pendidikan yang menjanjikan masa depan yang cerah bagi anak-anak mereka, membuatkan mereka sanggup berkorban apa sahaja" [pg: 214]


"keperluan bagi mendapatkan pendidikan dan memupuk budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah keperluan sejagat" [pg: 292]


"Daripada bercakap berkenaan apa yang kami mahu lakukan, saya (John) sebaliknya bercakap berkenaan apa yang kami telah capai" [pg: 263]
*Statement ni betul-betul tepat kena batang hidung sendiri..aku teringat ayat Tuhan dalam Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Allah sangat benci jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
As-Saff (61): 2-3

"...setiap kejayaan itu adalah kejayaan pasukan dan bukan hanya milik seorang...."  [pg: 283]

"Saya bukanlah mahu terus berangan-angan. Saya lebih cenderung pada melaksanakannya" [pg: 288]

"70% wanita Ethiopia tidak dapat membaca (buta huruf)" [pg: 292]

"..dalam masa kurang daripada dua minit, kami (Room to Read) menerima sumbangan sebanyak US 150k!"
*pengalaman John Wood dalam salah satu peristiwa fund raising beliau...jumlah yang sangat besar dalam masa yang sangat singkat!


"Berjuta-juta kanak-kanak sedang menunggu peluang hidup yang dibawa oleh nikmat pendidikan. Saya (John) berharap dan berdoa supaya kita tidak membiarkan mereka menunggu terlalu lama" [pg: 470]

"harapan yang dibawa melalui pendidikan, dan kepercayaan yang alam persekolahan mempunyai kunci kepada masa hadapan yang cerah jelas wujud di serata pelosok dunia membangun"  [pg: 379]
*pendidikan...belajar membaca, menulis, mengira & melukis (eh..ada jugak? saja tambah sebab aku suka melukis) ^^  sekali lagi aku teringat kata Tuhan dalam kitabNya:

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan" 
Al-Alaq 96:1

"Guru besar di sebuah sekolah di wilayah terpencil kompong chan berpesan kepada ibu bapa semasa perasmian makmal komputer: ......jangan membiarkan anak-anak perempuan kalian menjadi pelacur dan berhenti sekolah. Sekiranya mereka terus bersekolah hingga tingkatan 5, belajar bahasa Inggeris & belajar komputer, mereka pasti berpeluang menikmati hidup yang lebih baik dan mendapat lebih banyak peluang dalam hidup" [pg: 381]

Meow!

Sambung #2  ^^

p/s: Leaving Microsoft to Change The World - Kisah realiti yang penuh inspirasi, bukan sekadar novel fantasi yang tinggi melangit tak jejak ke bumi. A novel worth reading.

p/s: selain travelog John Wood, buku 'Syahadah Gadis Ateis" juga adalah buku yang bagus untuk di baca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis