Sunday, December 30, 2012

Seperti buku,

Tak kisah apa judul atau genre
Buku tak pernah memilih siapa pembacanya.
Tak bersikap pilih bulu siapa yang layak untuk buka dan selak tiap lembar kertas.


Siapa saja orangnya, 
asalkan punya minat membaca dan cintakan ilmu, 
bersedia meruangkan masa, khusus untuk membaca
diraikan terus tanpa pilih kasih. 
Di persilakan langsung untuk mentelaah tiap kata dan perkataan. 
Mencicip tiap mesej yang tersurat. Menghirup segala idea yang tersirat.


Buku sentiasa menunggu untuk di buka, di baca, dikaji, di ambil manfaat dan hikmah, diceduk ilmu yang terkandung buat panduan dan nasihat untuk hari yang mendatang.

Tanpa pilih bulu,
Buku sentiasa rindu mahu bertemu pembaca yang sudi.
Pembaca yang lansung tak di kenal. Tak pernah sua muka.
Tapi buku lansung tak kisah. Bukan itu yang di cari. Bukan itu yang mahu dirai.

Seperti buku,
Tujuannya hanya satu
Meluah dan menyemai, berkongsi ilmu dan apa yang terkandung dalam helaian kertas. 
Sama ada kertas yang kian menguning atau yang baru putih bersih.

Buku sentiasa bersedia memberi hikmah, ilmu dan pengalaman baru kepada pembaca.
Bebas sebebasnya buat pembaca mengambil ibrah (pengajaran).

[Kredit]
Seperti buku,
Aku mahu punya sikap ini. Tak memilih dalam berkawan. Tak menyombong bila berteman. Tiap Strangers yang aku kenal punya kisah masing-masing yang terusan jadi inspirasi aku.

Seperti buku
Aku mahu semai prinsip ini. Sentiasa memberi manfaat dan kebaikan. Walau siapa yang bakal berteman.

Seperti buku
Ia tak memilih siapa tuannya,
Dan tak akan pernah.

________________________________________________________________________________________________


"Buku adalah sahabat paling setia, rela mendampingi sepanjang waktu di mana pun aku berada tanpa pernah memikirkan dirinya."
-Abdulrahman Faiz (Aku Ini Puisi Cinta)



"Dalam perjalanannya dengan kuda berlangsung berhari-hari, setelah rehat, beliau membaca buku-buku ilmiah yang di bawanya. Membaca, bergaul dengan ahli-ahli ilmu pengetahuan adalah matlamat penting dalam program hidup Sultan Salahuddin al-Ayubi'
- Syed Hussein Al-Atas (Cinta Sempurna Warisan Sejarah)




"Books are the quietest and most constant of friends; they are the most accessible and wiset of counselors, and the most patient of teachers" 


'"A house without books is like a room without windows"


________________________________________________________________________________________________

p/s: Buat pencinta buku yang mungkin punya judul buku yang sama dengan aku (siapa tahu kita berkongsi judul atau genre yang sama) boleh saja bertukar-tukar cerita dan berkongsi review buku yang kalian baca di sini.

Goodread? Ya, itu laman pustaka maya yang aku ada. Laman web khusus buat book lovers. Jadi medium berkongsi buku-buku yang sudah, sedang dan bakal di baca. Jadi tempat bertukar cerita dan coment tentang buku.


p/s: Di rumah orang tua sudah ada ruang khas untuk di jadikan mini libary.
0k. Ruangnya sudah ada, tinggal mahu di letak almari dan buku. Huh, banyak kerja rasanya, tapi serius berbaloi! =)

Saturday, December 22, 2012

Strangers

Selalu aku fikir seorang diri. Kerap aku cakap dalam hati.
Tiap manusia yang aku jumpa setiap hari bukan semata-mata secara kebetulan. 

Aku percaya dan aku yakin. Sangat. Itu semua sudah Tuhan tentukan. Sudah Tuhan caturkan. Ada sebab pengajaran yang Tuhan mahu aku belajar. Ya. Pasti.

Entah. Sejak aku mula kerja, duduk dalam dunia baru (luar dari suasana sebagai pelajar universiti), berjumpa, bergaul dengan rakan sekerja yang aku tak kenal. Strangers

Aku rasa seronok sebenarnya. Sebab aku suka dengan suasana baru yang secara tak langsung mengajar aku lebih berdikari. Independent. 

Suka berjumpa kenalan baru. Belajar dan berinteraksi dengan pelbagai jenis manusia. Semua itu berdikit-dikit mematangkan aku. Tambah pengalaman peribadi.

Manusia yang Tuhan takdir kan untuk jadi kawan aku. Untuk jadi tempat dia cerita kisah pahit manis tawau kelat masin masam pedih perit. Sebut saja apa.

Dari sepekat hitam, amal jahiliah hingga dosa besar yang dilarang Tuhan. 

Selalu pertanyaan ini keluar,

"Apa Tuhan mahu aku belajar dari manusia A ni?"

"Kenapa Tuhan takdirkan aku jadi salah seorang kawan baik manusia B ni?" 

"Baru ja kenal tak sampai sebulan, hampir semua cerita keluarga, kisah silam dia cerita dekat aku. Gila apa mamat ni?"


Maaf. Aku tak nak coretkan apa kisah lama dan sisi gelap dia dekat sini. Itu bukan benda yang nak di highlight kan.

Soalnya, Tuhan temukan aku dengan manusia ini. Dan banyak benda aku belajar. Sangat.

Bila Tuhan kirim seseorang dalam hidup kita,  Tuhan mahu sama ada 
kita belajar dari mereka atau jadi kawan selamanya. [Kredit]


Tiap strangers yang aku kenal, ia umpama satu bab baru dalam buku kehidupan aku.  Jadi cerita yang aku coretkan. Jadi teman baru dalam kembara perjalanan. Kawan backpack

Dan pastinya, langsung aku tak pandang hina manusia begini. Malah dia mungkin lagi mulia di sisi Tuhan. Lagi Tuhan kasih dan sayang banding dengan aku. Siapa tahu?

Aku hanya mahu lihat sisi positif dan baik dari tiap stranger yang aku kenal. Soal aib dan kudis dia tak perlu ambil tahu. Cukup sekadar jadi iktibar. Jadi sempadan untuk diambil pelajaran. Tak perlu ungkit mahu kecoh satu dunia. 

 - Muzze, Pantai Hillpark
 


p/s: Jujurnya, aku jenis manusia yang susah sikit mahu kongsi masalah. Luah perasaan. Berbagi kisah sedih. Semua cerita sedih, tertekan, sakit hati teramat, benci, bengkek, bengang. Aku pendam. Aku telan. Aku kunyah. Aku hadam. Lebih selesa semua yang pahit tersimpan kemas dalam hati. Sekadar diam dan senyum depan orang. Tapi kemuncaknya, Tuhan jadi tempat aku luah semuanya. 

Wednesday, December 12, 2012

Pakej

Kau puas?
Bila yang
Busuk
Jijik
Jelek
Keji 
Semua kau pakej kan sekali

Kau puas?
Bila pakej tu 
Kau balut dengan kertas hasad dengki
Kau hias dengan riben busuk hati
Kau bungkus dengan bekas iri hati


Kau puas?
Pakej serba serbi indah ternampak dari luar
Tapi dalamnya penuh berulat. Berbau

Kau puas?
Pakej begitu mahu kau bagi pada orang.
Pakej macam itu kau mahu kirim dekat manusia.

Kau puas?

Aku ulang. Kau puas?


-Universiti Malaya, 2012

[Kredit]
Aku suka minum kopi. Aromanya, cawan yang diguna, rasa dan corak buih yang ada. Satu pakej yang indah. Aku kira. Unik. Tapi akan jadi cacat bila si penghidang atau pelayan bermuka ketat (baca: susah senyum), bengis, kelat, kasar, pemarah. Pakej yang ada pada kopi jadi basi. Biasa.


p/s: Agama itu pakejnya cukup indah, cantik, mudah, lengkap. Asasnya disebarkan dengan hikmah penuh kasih sayang. Hikmah itu di akal. Kasih sayang itu soal perasaan. Di hati letaknya. Jangan pakej agama itu jadi busuk berulat dengan sebab sikap dan peribadi yang jelek.

Sunday, December 9, 2012

Sisi Hitam. Putih

Bila namanya seorang manusia, pasti aku punya sisi hitam putih. Tak kan lepas dari silap. Tak akan terkecuali dari salah. Kalau orang lain yang belum kenal atau sekadar tahu nama dan cam wajah aku, pasti dia jadi kagum. Lewat baiknya aku. Alangkah hebatnya peribadi. Terkagum mereka. Di anggapnya sosok lelaki yang harus jadi contoh.
 
 .....

"Celaka aku!. manusia lain rasa kagum dengan sisi putih itu, sedang aku tahu, Tuhan kalau dia hendak, bila-bila masa boleh dedah aib aku, singkap sisi hitam aku." 


"Celaka aku!. Tuhan kalau dia mahu, boleh saja dia tayang satu dunia, sisi hitam aku. Memang langsung tak akan ada yang dapat tutup muka. Habis malu!" 
......

Tapi, Tuhan yang maha pengasih langsung bukan itu sifatnya.
Besar cinta dia. Sungguh!
Luas rahmat dia. Amat!

Di beri sentiasa peluang taubat. 

Di buka seluas-luasnya pintu rahmat. 
Tuhan menunggu aku kembali pada Dia. Sentiasa!

Dan bila aku kenangkan ini...
Aku tak mampu cakap apa-apa. Mulut jadi bisu.
Hanya mampu luah, 

"Astaghfirullah" 

"Tuhan, aku mohon ampun...."

Dua sisi itu. Hitam dan putih
Satunya yang kita tunjuk pada manusia.
Satu lagi kita sorok dari mereka. Tutup rapat-rapat. Hatta cahaya pun tak tembus masuk.




Kucing hitam, kucing  putih. Dua-duanya  lebih mulia. Aku kira. Suci tak berdosa.
Tuhan, maafkan aku. Selalu aku mohon ampun, selalu juga aku lupa. Masih leka dan seronok dengan jahiliah.

[Kredit]




p/s: Al-Quran surah 73. Ayat Kurungan pertama Tuhan sebut nama aku. Sadis. Lama sungguh rasanya aku abaikan nikmat sujud waktu malam itu. Aku kena cari semula nikmat yang hilang.

Thursday, December 6, 2012

The best part of being a Muslim


The best part of being a muslim. 
You are guided. 
You were given a road map on how to attain true happiness, blessing and inner peace.
You have the best role model to be followed and inspired. They ate, slept, worked, and married. Just like you.  They are the best people chosen by Allah. From Adam, Moses, Abraham, Jesus until Muhammad. (May peace and blessing be upon them)

The best part of being a Muslim. 
You were given the highest degree of freedom humans can achieved. Instead of being a slaves to humans, your own lust and desired. You choose to submitted your body, mind, heart and soul to the ultimate one. God, the most merciful, the most beneficent.

The best part of being a Muslim.
You knew that this Dunya (World) is temporary. 
You knew that you are in the journey of going back to your true home. A place better than this world. Something higher. Jennah (Heaven)

The best part of being a Muslim.

You aware that there is only one God worthy of worship. The One and Only.
The One, whom all creatures need. The One who neither eats nor drinks. The one who begets not nor was He begotten. And there is none co-equal or comparable unto Him.

He is Allah.
Our first love story

p/s: I'm truly blessed by Him. Allah. He guided me. He gave me light. Thank you Allah. =')

*Muslim: Someone who consciously commits himself to the worship of God alone, not according to his own inclinations or those of other men but according to the method conveyed by God through His appointed prophets (messengers)

Wednesday, November 28, 2012

Miss my Ayah!




One of the best things I've done is ensure my kids have a good mother - [Brad Pitt]

Credit to Sis Salamiah Endut (The Mia). Just came across her blog and straight away, reading her blog makes me remember my parents. Miss my Ayah!

My Ayah;
  • He chose a good mother for me; (CikPuan Maznah)
  • He gave me a beautiful name: One of the chapter in Al-Quran: Chapter 73, another name for prophet Muhammad. [i like it and i'm gonna keep it]
  • and He taught me the Quran.

Thank you Ayah...


May Allah bless both of them. May His endless mercy be upon them. My parents will always be my greatest and wonderful blessing (Nikmat) given by Allah. 




There is nothing more I could ask, 

"Ya Alloh...please gather us again. In our true home, our reality, something higher, something better than this Dunya, a place where a true happiness and abundant blessing are there, as a reward for your true servants and believers. Your Jennah (Heaven)"


Tuesday, November 27, 2012

Sana, sini


[1]
Sana malam, sini siang
Sana pagi, sini petang,
Sana bergelut perang, sini tenang nyaman

[2]
Sana mandi darah. pekat. Sini mandi peluh. Penat
Sana lapar, dahaga. Makan minum bercatu.
Sini kenyang, sendawa. Tak habis. Mudah saja tolak tepi. Membazir

[3]
Sana hujan asid. Bom tiap hari
Sini hujan rintik-rintik. Kadang-kadang lebat.
Sana, tidur malam. Takut. Mungkin malam yang terakhir. Entah esok ada atau tak
Sini. Tidur terlebih. Enak bermain mimpi. Mengalahkan bayi baru lahir.

[4]
Sana, mimpinya mahu jadi syahid.
Sini, enak di buai mimpi. Angan-angan tinggi melangit. Usahanya ciput sedikit.

[5]
Sana, cinta Tuhan, kampung syurga di kejar. Jadi keutamaan. Terpahat kukuh dalam hati. Hiburan dunia mereka letak di tangan. Sedia dilepaskan bila tiba masa.
Sini, mainan, senda gurau dunia jadi impian. Jadi tujuan. Dijual dan digadai cinta Tuhan.



Aku rindu bumi Ghazza....


Syria, Palestine; doa dan terus doa untuk tiap nyawa yang ditindas [Kredit]

p/s: "Kasih kita pada bumi Palestine bukan paksaan tetapi satu penghayatan kepada makna pengorbanan dan cintakan syahadah. Penghuni bumi bertuah ini adalah sebaik manusia bukan kerana bangsanya tetapi kerana sikapnya yang tidak mahu tunduk kepada penghinaan dan ketegasannya menegakkan kemulian diri dan kebebasan" - Dr Mujahid Yusuf Rawa



Monday, November 19, 2012

Lebih banyak diam




Bila aku lebih banyak diam

Itu tanda otak tengah ligat berfikir
Cerna. Hadam segala maklumat yang ada.
Tapi mulut tak terluah apa yang ada dalam fikiran
Tak jumpa perkataan untuk di sembur keluar dari peti suara


Bila aku lebih banyak diam

 
Bukan maknanya tak ambil perhatian 

Atau malas ambil pusing
Perihal orang sekeliling
Apa yang berlaku kiri kanan depan belakang
Cuma, lebih suka melihat, fikir dan hanya beritahu dan luah apa yang perlu.

Bila aku lebih banyak diam

 
Bukan maknanya malu-malu pendiam
Tapi lebih suka tadah telinga

Dengar dan cuba fahami apa orang kata
Dari terus bersuara,
Tembak bertubi-tubi pendapat sendiri

Bila aku lebih banyak diam

 
Itu tandanya hormat hak orang lain 

Peluang dan masa untuk bercakap, bersuara
Hak mereka kongsikan idea
Sebab aku tahu, bila aku mahu orang lain hormat hak diri
Aku lebih dahulu perlu tunjuk contoh teladan


Thursday, November 15, 2012

Our first love story is God.


Our first love story is God.
To worship Him. Alone.
To pleased Him. Only.
To seek His pleasure. 

In anything we do.


Our first love story is God 
The only mean and ultimate end.
Everything else are tools to reach the means.
Never replace and associate him with something else. 

Never.
Because He is the only One God worthy of worship. Allah.



Our first love story is God
He created you and me from nothing.
He grant us blessing abundantly
He tells us 'Not to associate me with partner'




Say (O Muhammad S.A.W.): "I am only a man like you. It has been revealed to me that your Ilaah (God) is One Ilaah (God- i.e. Allaah). So whoever hopes for the Meeting with his Lord, let him work rightheousness and associate none as a partner in the worship of his Lord." 
[Al-Kahf 18:110]

Dear son, We begin from a pure soul. Full of love. But we were separated from Him by this worldly life. Preserved it (first love) wisely until the time we meet Him back.

Our first love story is God
And certainly, you and me shall meet him back.
- Muzze

Tuesday, November 13, 2012

Plastik Sampah


Makcik (Tuan punya kedai runcit) tu ketawa kecil. Dia jadi pelik. Hairan tengok gelagat aku.

"Aik, orang lain beli roti, air, gula-gula, coklat. Kamu beli plastik sampah?"
"Betul ke ni?"

Makcik tu ingat aku main-main nak beli plastik sampah. Aku jawab balik.

"Yep, tapi plastik sampah ni bukan untuk saya. Mahu bagi dekat organizer program hari ni (baca: pengganjur)"

Mulanya, aku rasa awkward bila beli plastik sampah tu. Ya la, dah tentu orang pelik. Tapi aku redah ja. Sebab yang penting waktu tu aku buat perkara yang betul dan mahu bantu, tolong selesaikan masalah. Bukan hanya pandai merungut dan kutuk orang. (Baca: Pihak pengganjur program Heroes Conference)

Apa kaitan? Plastik sampah. Heroes conference.

Kisahnya, aku rasa sedih. Marah. Nama program sudah Islamik (Heroes Conference: The Sahaba)
Tapi, jelas aku nampak depan mata, sampah bersepah. Sisa polisterin dan botol plastik, bekas cawan minum melimpah. 

Program pula buat di universit Islam! (UIAM)
Tapi, jelas terpampang depan mata aku. Sisa bertimbun, berlonggok tak terurus. Sisa dan bekas makanan dari waktu lunch sampai dinner terbiar macam tu. Sadis

AJK program muslim. Peserta yang hadir muslim. Majoriti pelajar IPT.
Tapi, jelas aku nampak. Tong sampah yang tersedia dah tepu dengan muatan. Tak mampu tampung sisa buangan peserta yang seramai 2000 lebih!

Jujur. Aku suka suasana dan lanskap UIAM. Pokok yang hijau. Redup dan rendang. Sejuk mata aku. 
Tapi terus jadi 'sakit' usai masuk waktu lunch hour, tea break dan dinner.

Sadis. Alam sekitar jadi mangsa. Lanskap UIAM yang cantik terus tukar jadi cacat dan jijik!. Maaf cakap.
Aku tak percaya benda macam ni berlaku dekat tempat orang islam sendiri!. Tapi itu yang berlaku. Tuhan tunjuk depan mata aku.


Bila masalah macam ini timbul (kebersihan), aku ada 2 pilihan

#1 Mengeluh dalam hati. Mulut sembur keluar kata-kata negatif dan kutuk pihak pengganjur sebab cuai dan gagal untuk uruskan soal sampah yang bersepah. Sekadar kencang bercakap. Tapi masalah tak selesai. Sampah tetap ada. Makin bertambah pula.

#2 Pergi cari kedai runcit dan beli plastik sampah. Kemudian, jumpa salah seorang crew/volunteer program. Slow talk dengan dia. Ceritakan apa masalahnya. Dan sama-sama tolong kutip segala sampai yang dah melimpah masuk dalam plastik. Ikat kemas-kemas dan kumpul satu tempat. Masalah selesai. Mata aku pun tak 'sakit'.


Aku pilih No.2. Sebab kalau aku hanya tahu mengeluh. Sampai ke sudah tak seleseai masalah. Pihak penganjur tak kan sedar. Mungkin program seterusnya, masalah yang sama timbul.


Salah seorang crew yang aku jumpa (Andy, orang indonesia), aku beritahu supaya soal kebersihan jangan di pandang sebelah mata. Boleh jadi fitnah pada Islam sendiri. Boleh buat non-muslim makin skeptikal dan jauh dari Islam. Harapnya tak berlaku lagi.



p/s: Dalam tiap perkara kecil yang dibuat, di hujungnya ada kesan besar yang melimpah. Tuhan tak pilih kasih dalam menilai amal baik hamba dia. Kecil besar banyak sedikit. Semuanya terhitung. Semuanya pasti di balas.

p/s: Aku pesan diri sendiri. Selalu. "Dari banyak mengeluh soal masalah, ada baik perah otak dan ringankan tulang empat kerat cari jalan selesaikannya".

Itu prinsip yang aku pegang.

Wednesday, November 7, 2012

Pandang sebelah mata? Hina?



Makcik itu hari-hari tugasnya sama

Pastikan pantry, washroom ladies and gentlemans dalam keadaan terurus, bersih dan kemas.

Tiap hari, sampah dalam tong di setiap ruang kerja staff dalam pejabat itu di pastikan di kutip.
 
Pakaian uniform nya tak berubah. Warna biru juga bila setiap kali aku masuk kerja.

Jawatannya bukan eksekutif, bukan CEO syarikat.

Hanya menurut perintah dan tugasan dari orang atasan.

Menguruskan soal kebersihan ruang kerja dan tandas.

Tapi mudah orang pandang hina. Mungkin juga jijik? Setiap hari jumpa, berselisih dengan mereka barangkali ada kalanya tak bertegur sapa. Mahu senyum pun payah. Sudah minum, makan, cawan pinggan mangkuk mudah saja terbiar tak bercuci dalam sinki. Dalam fikiran:

"Ada orang basuh, itukan tugas mereka?"

Tandas dibiarkan kotor, soal kebersihan langsung di tolak tepi. Alasannya 

"Sekejap lagi, ada orang tukang cuci! Don't worry...."

Satu saja aku mahu bilang pada orang yang punya sikap macam ini.

Bayangkan

'itu mak abah engkau yang sedang basuh cuci tandas!'

'Mereka juga punya keluarga, suami isteri dan anak yang mahu di jaga!'

'Mereka juga letih bekerja, sama macam kita!'

'Tak jatuh maruah. Tak tergadai status diri bila basuh sendiri cawan, pinggan!'


Tuesday, November 6, 2012

Tahu kan?


'Blink, blink'. Mewah nampak?

Tahu kan?

Tiap sen dan ringgit yang engkau dapat
Bernilai. Berharga. Amat


Tahu kan?

Tiap sen dan ringgit itu bukan sekadar 'petik jari
Mudah muncul depan mata.
Tersusun kemas berwarna-warni.
Berkepok penuh dalam dompet.


Tahu kan?

Tiap sen dan ringgit itu
Hasil jerit perit ayah ibu
Bersekang mata, berkira-kira hujung bulan dan minggu
Mahu pastikan semua keperluan keluarga lengkap. Tersedia

Tahu kan?

Tiap sen dan ringgit perlu bijak diurus
Mana yang jadi keperluan,
Mana yang jadi kemahuan?


Tahu kan?

Bermewah sakan dengan duit orang lain. Jangan perasan!



p/s: Bila sudah bekerja dan merasa duit sendiri masuk hujung bulan, dari situ kalian boleh tahu dan sedar tiap sen dan ringgit itu berharga. Sungguh! Mula terfikir mahu bayar itu ini. Buat belanja keperluan hari-hari. Mahu di asingkan buat simpanan peribadi.

Tersedar dan terhantuk kepala sendiri. Sadis bila kenangkan perangai 'childish' dan ala-ala budak 'perasan kaya' sewaktu zaman sekolah. Bila sesak tiada wang, mudah saja: cucuk kad, tunggu sahaja kepingan kertas not berwarna keluar. Bila semput, duit makin menipis dan tak lagi menggebu dalam dompet. Telefon saja orang tua. Tunggu maklum balas dari telefon bimbit: "Duit sudah di bank in"....Sadis. Malu dengan sikap dan aib sendiri pada orang tua. Insaf. Pastinya tak mahu lagi berkepok kumpul dosa dengan mereka.




Monday, October 29, 2012

Seminit dua: Pasti

Seminit dua:
Mata perhati keliling. Masing-masing sudah kembali pada Tuhan. Mereka sudah. Masa aku entah bila...mungkin esok, lusa?

Ayah, ibu, adik-beradik, makcik, pakcik, saudara mara, sepupu....

Semuanya , berkumpul. Luangkan masa lepas solat eid adha pagi itu untuk pergi menziarahi arwah pakcik dan atuk saudara di kubur.

Sunyi. Masing-masing berdoa untuk arwah. Rasa sebak. Siapa tak rindu pada orang yang kita sayang?

Moga di mudahkan urusan. Di limpahkan kasih sayang Tuhan. Moga arwah tenang di alam persinggahan. Sebelum bangkit semula untuk perhitungan depan Tuhan.

Aku. Diam.
Hati dan mulut tak berhenti berdoa. Mohon pada Tuhan. Merayu dalam diam.

Aku. Sunyi.
Serius merenung dan berfikir.

Sudah sedia untuk mati? Sudah siap bekalan buat bertemu Tuhan?
Sudah sempurna tiap suruhan? Sudah cukup beri manfaat dan kebaikan buat manusia? Risau. Takut.
Ya, sebab nyatanya aku belum bersedia. Masih leka. Masih main-main.

Arwah  bersama 2 orang anak saudaranya yang paling muda. Aisyah dan Muhammad Ammar. Sungguh, aku rindu saat itu!. ='(


Mati itu pasti, maut itu di tangan Tuhan

Syurga itu benar, neraka itu ada


Setiap amal baik akan dibalas, setiap yang buruk bakal terhitung


Penulis kiri kanan tak pernah leka catat tiap perbuatan. "24/7 days"


Tiada 'Emergency leave', atau 'MC' 


Hanya akur dan patuh dengan tugas di beri.


Tiap masa berlalu, tekun menulis. Jadi bukti untuk di persembah depan Tuhan


Supaya tak ada alasan untuk manusia berdalih mengelak dari di hisab.


Amal baik, buruk, aib, mulia, keji


Semuanya tercatit.


Penulis yang mana mahu disibukkan? Yang kiri atau kanan?

Beruntunglah jika yang kanan.


Rugilah kalau sebaliknya.


Saturday, October 20, 2012

Biasa terjadi

Semalam, perbualan dengan seorang kawan baik mengajar aku sesuatu. 
Kawan baik yang sudah aku kenal semenjak zaman asasi (pra-universiti)
Kami berkongsi pengalaman dan berbagi cerita.

Perbualan semalam sungguh mengingatkan aku tentang sikap sendiri. Menyedarkan aku tentang satu perkara. 

Soal 'biasa terjadi'.

Biasa terjadi
Kita akan menjadi watak yang lain bila berdepan dan berurusan dengan individu yang baru dikenali
Tak kira sama ada dengan rakan sekerja, sekuliah atau kenalan biasa.

Biasa terjadi
Kita akan menjadi sebaik mungkin depan mereka. 'Perfect'. Lengkap serba-serbi. 
Segala onar, aib, cacat cela, akan di tutup kemas langsung tersembunyi dari diketahui orang lain. 

Biasa terjadi 
Segala yang indah akan kita tonjolkan.
Dan tiap yang busuk dan aib peribadi kita sorokkan. 

Biasa terjadi 
Segala yang lompong dan tempang akan kita tutup dan luruskan dengan sikap dan watak baik kita.
Manusia yang mungkin baru mengenali kita akan berasa bahawa kita manusia sempurna dan hebat. 
Penuh motivasi dan memberi inspirasi.
Sosok tubuh yang patut di contohi.
 
Tapi, hakikatnya
Orang yang sudah lama kenal dan masak dengan perangai kita sudah tahu mana hitam, mana putih. 
Mana berlian, mana kaca
Mereka tahu siapa diri kita sebenarnya.

Mereka tahu,
Jauh dalam diri sendiri,
Kita sebenarnya rapuh 
Umpama kaca yang retak
Hanya tunuggu masa mahu berderai, pecah.

Jauh dalam hati 
Kita sebenarnya kosong, sunyi
Umpama tenggelam hingga ke dasar laut yang gelap tanpa di tembusi cahaya matahari.
Lemas. Hilang tempat bergantung harap. Tiada impian dan harapan.

Tapi,
Tak pernah aku mahu menyalahkan individu seperti ini.
Jauh sekali mahu menghukum mereka.
Apa aku ingat aku lebih suci?
Lebih mulia?
Tak. Jauh sekali
 
Sebab aku, engkau, kita semua bukannya malaikat.
Masing-masing punya aib dan sifat buruknya sendiri. Aku pasti. Mana ada insan yang sempurna?

Dan aku sedar, di situlah letaknya peranan seorang kawan. 
Ya. Mereka yang sudah lama bersama kita. Yang tahu baik buruk kita
Yang benar-benar tahu siapa kita bila berurusan dengan manusia lain.
Dan mereka itu akan sentiasa menegur dan melengkapi apa yang kurang dari kita.

Kita tak akan perrnah menjadi sempurna di depan manusia, tapi kita mampu menjadi 'sempurna' bila punya kawan yang saling melengkapi.
p/s: Dan perbualan semalam nyata berharga. Sebab aku tahu aku punya kawan yang amat istimewa. Yang aku sentiasa doakan kebaikan untuk dia. Dan selalu aku doa tanpa dia sedar. Sebab aku mahu doa itu makbul. Para malaikat mengaminkan dan Tuhan terima.

Tuesday, October 16, 2012

Seminit dua: Lupa Tuhan


Jadi pelajar sepenuh masa, punya tanggungjawabnya sendiri. Kuliah, assignment, seminar, forum, group study, kerja kumpulan, aktivisme. Semuanya tak lari dari fokus menuntut ilmu untuk manfaat kemudian hari.

Nanti, bila sudah bekerja (tak kisah sama ada bekerja sendiri atau makan gaji) lain pula kerenahnya..

Masing-masing, tiap hari berdepan tugasan dan amanah yang perlu di lunaskan. Bentuk dan tahap kesukarannya berbeza-beza. Lain orang lain ceritanya.

Cuma satu yang aku pasti, kadang-kadang kita mudah lupakan Tuhan.

Biasa jadi, urusan dan kesibukan dunia yang jadi tumpuan. Ya. Masa zaman pelajar dulu, sememangnya berlambak waktu lapang, mudah saja urusan agama seperti solat di tolak ketepi. Mahu didahulukan tugasan lain. Kononnya.

Sama juga bila sudah mula membina kerjaya sendiri. Ini lagi mencabar.

Berjumpa dan bergaul dengan manusia yang dari pelbagai latar belakang, dari pihak atasan dan pengurusan sampailah ke budak praktikal yang punya pengalaman baru 2-3 bulan.. Dari CEO hinggalah Tuan Cik Puan Cleaner. Masing-masing dengan karenah dan perangai tersendiri. Tak payah cerita tentang tugas pejabat yang tak kan pernah habis. Sadis kalau gagal seimbangkan antara tuntutan amal dunia dengan persiapan hari 'esok'.

Kadangkala kita hanya perlu donggak keatas, lihat langit dan ucap 'Alhamdulillah' untuk rasa betapa beruntungnya diri

Terkadang aku, bila malam, langit pula cerah dengan bintang, meriah dengan terangnya bulan. Suka aku lihat langit. Tak lama, seminit dua mungkin. Sekadar termenung, berangan, fikir, cakap seorang diri. Semua jenis emosi muncul. Dialog yang bersoal jawab tentang kisah masa depan dan impian sendiri laju saja muncul dalam hati. Otak pula ligat menafsir, ketimbang perihal baik buruk setiap perkara. Tanpa bunyi. Hanya suara dari alam jadi pengganti.

Dan semuanya akan buat aku ingat pada Tuhan. 'Alhamdulillah'. Itu perkataan yang paling indah aku kira. 

p/s: Selalu aku pesan pada diri, bilang dekat hati. Seimbangkan antara tuntutan kerja dan urusan dunia dengan persiapan dan bekal untuk mati. Takut mati datang menjemput tanpa kita sempat menyambut.

Saturday, October 13, 2012

Seminit dua: konsisten

Barang seminit dua lepas solat aku akan duduk sebentar. 
Termenung fikir sesuatu. Sunyi. Mulut terkunci. 
Yang ligat berfungsi hanya otak dan hati
Satu soalan dan pertanyaan muncul.

"Ada ketika sikap aku tak konsisten bila berkawan"

"Dengan si A, layanan dan perangai aku begini. Sungguh terbaik. Semuanya aku jaga. Tak ada silap salah. Perfect!"

"Dengan si B, mula berubah. Orang bilang 'take for granted'. Sambil lewa dan layan orang macam tunggul"


"Dengan si C, sikap makin teruk. Sebolehnya rasa malas mahu layan. Mana tak nya, si C itu langsung tak membantu apa-apa."

"Dengan si D, aku akan berbaik dan tegur bila sesak perlukan bantuan. Habis sudah ditolong, ucap terima kasih pun payah"



Dalam seminit dua itu, 
satu-persatu tingkah laku buruk dan sikap aku dengan tiap batang tubuh manusia A, B,C, D itu aku imbas semula. Ya, nyata aku memang tak adil. Tak konsisten dalam berkawan. 


Aku tahu itu salah. Sebabnya mudah. 
Sepatutnnya, dengan siapa pun engkau berkawan dan berurusan, harus dipastikan sikap mu konsisten. Malah diusahakan supaya makin bertambah baik.

Contohnya, jika si A itu di lihat memberikan kan kelebihan atau punya kepentingan buat kita (mungkin dari segi peluang bisnes), sikap kita berubah. Dilayannya si A bagai raja, penuh istimewa.

Tapi jika yang di jumpa itu si B, langsung di lihat tak punya apa, malah mungkin hanya membuang masa. Terus berubah 360 darjah!. Pura-pura di layan atau berkawan. 


Bila fikir semula.
Sungguh, 
jijik dan meluat dengan sikap sendiri.

Tempoh seminit dua itu benar-benar buat aku rasa malu. 
Baru saja sujud menyembah Tuhan. 
Tapi bila kembali berurusan dengan manusia jadi hamba yang teruk. Sikap berubah-ubah dan pilih bulu!.

-.-'


Masa seminit dua itu betul-betul buat aku malu.
Brangkali setiap sikap buruk dan tak konsisten itu buat aku makin jauh dari Tuhan.


Layanan dan sikap dalam berkawan perlu konsisten. Walau siapa pun dia.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "......Dan kamu akan mendapatkan sejahat-jahat orang adalah orang yang bermuka dua: dia pergi kepada mereka dengan satu muka, lalu pergi kepada yang lain dengan muka yang lain."
(Sahih Muslim, Kitab: Keutamaan para sahabat Nabi S.a.w.  # 1744)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis