Monday, October 29, 2012

Seminit dua: Pasti

Seminit dua:
Mata perhati keliling. Masing-masing sudah kembali pada Tuhan. Mereka sudah. Masa aku entah bila...mungkin esok, lusa?

Ayah, ibu, adik-beradik, makcik, pakcik, saudara mara, sepupu....

Semuanya , berkumpul. Luangkan masa lepas solat eid adha pagi itu untuk pergi menziarahi arwah pakcik dan atuk saudara di kubur.

Sunyi. Masing-masing berdoa untuk arwah. Rasa sebak. Siapa tak rindu pada orang yang kita sayang?

Moga di mudahkan urusan. Di limpahkan kasih sayang Tuhan. Moga arwah tenang di alam persinggahan. Sebelum bangkit semula untuk perhitungan depan Tuhan.

Aku. Diam.
Hati dan mulut tak berhenti berdoa. Mohon pada Tuhan. Merayu dalam diam.

Aku. Sunyi.
Serius merenung dan berfikir.

Sudah sedia untuk mati? Sudah siap bekalan buat bertemu Tuhan?
Sudah sempurna tiap suruhan? Sudah cukup beri manfaat dan kebaikan buat manusia? Risau. Takut.
Ya, sebab nyatanya aku belum bersedia. Masih leka. Masih main-main.

Arwah  bersama 2 orang anak saudaranya yang paling muda. Aisyah dan Muhammad Ammar. Sungguh, aku rindu saat itu!. ='(


Mati itu pasti, maut itu di tangan Tuhan

Syurga itu benar, neraka itu ada


Setiap amal baik akan dibalas, setiap yang buruk bakal terhitung


Penulis kiri kanan tak pernah leka catat tiap perbuatan. "24/7 days"


Tiada 'Emergency leave', atau 'MC' 


Hanya akur dan patuh dengan tugas di beri.


Tiap masa berlalu, tekun menulis. Jadi bukti untuk di persembah depan Tuhan


Supaya tak ada alasan untuk manusia berdalih mengelak dari di hisab.


Amal baik, buruk, aib, mulia, keji


Semuanya tercatit.


Penulis yang mana mahu disibukkan? Yang kiri atau kanan?

Beruntunglah jika yang kanan.


Rugilah kalau sebaliknya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis