Tuesday, November 6, 2012
Tahu kan?
'Blink, blink'. Mewah nampak? |
Tahu kan?
Tiap sen dan ringgit yang engkau dapat
Bernilai. Berharga. Amat
Tahu kan?
Tiap sen dan ringgit itu bukan sekadar 'petik jari'
Mudah muncul depan mata.
Tersusun kemas berwarna-warni.
Berkepok penuh dalam dompet.
Tahu kan?
Tiap sen dan ringgit itu
Hasil jerit perit ayah ibu
Bersekang mata, berkira-kira hujung bulan dan minggu
Mahu pastikan semua keperluan keluarga lengkap. Tersedia
Tahu kan?
Tiap sen dan ringgit perlu bijak diurus
Mana yang jadi keperluan,
Mana yang jadi kemahuan?
Tahu kan?
Bermewah sakan dengan duit orang lain. Jangan perasan! |
p/s: Bila sudah bekerja dan merasa duit sendiri masuk hujung bulan, dari situ kalian boleh tahu dan sedar tiap sen dan ringgit itu berharga. Sungguh! Mula terfikir mahu bayar itu ini. Buat belanja keperluan hari-hari. Mahu di asingkan buat simpanan peribadi.
Tersedar dan terhantuk kepala sendiri. Sadis bila kenangkan perangai 'childish' dan ala-ala budak 'perasan kaya' sewaktu zaman sekolah. Bila sesak tiada wang, mudah saja: cucuk kad, tunggu sahaja kepingan kertas not berwarna keluar. Bila semput, duit makin menipis dan tak lagi menggebu dalam dompet. Telefon saja orang tua. Tunggu maklum balas dari telefon bimbit: "Duit sudah di bank in"....Sadis. Malu dengan sikap dan aib sendiri pada orang tua. Insaf. Pastinya tak mahu lagi berkepok kumpul dosa dengan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment