Tuesday, November 13, 2012

Plastik Sampah


Makcik (Tuan punya kedai runcit) tu ketawa kecil. Dia jadi pelik. Hairan tengok gelagat aku.

"Aik, orang lain beli roti, air, gula-gula, coklat. Kamu beli plastik sampah?"
"Betul ke ni?"

Makcik tu ingat aku main-main nak beli plastik sampah. Aku jawab balik.

"Yep, tapi plastik sampah ni bukan untuk saya. Mahu bagi dekat organizer program hari ni (baca: pengganjur)"

Mulanya, aku rasa awkward bila beli plastik sampah tu. Ya la, dah tentu orang pelik. Tapi aku redah ja. Sebab yang penting waktu tu aku buat perkara yang betul dan mahu bantu, tolong selesaikan masalah. Bukan hanya pandai merungut dan kutuk orang. (Baca: Pihak pengganjur program Heroes Conference)

Apa kaitan? Plastik sampah. Heroes conference.

Kisahnya, aku rasa sedih. Marah. Nama program sudah Islamik (Heroes Conference: The Sahaba)
Tapi, jelas aku nampak depan mata, sampah bersepah. Sisa polisterin dan botol plastik, bekas cawan minum melimpah. 

Program pula buat di universit Islam! (UIAM)
Tapi, jelas terpampang depan mata aku. Sisa bertimbun, berlonggok tak terurus. Sisa dan bekas makanan dari waktu lunch sampai dinner terbiar macam tu. Sadis

AJK program muslim. Peserta yang hadir muslim. Majoriti pelajar IPT.
Tapi, jelas aku nampak. Tong sampah yang tersedia dah tepu dengan muatan. Tak mampu tampung sisa buangan peserta yang seramai 2000 lebih!

Jujur. Aku suka suasana dan lanskap UIAM. Pokok yang hijau. Redup dan rendang. Sejuk mata aku. 
Tapi terus jadi 'sakit' usai masuk waktu lunch hour, tea break dan dinner.

Sadis. Alam sekitar jadi mangsa. Lanskap UIAM yang cantik terus tukar jadi cacat dan jijik!. Maaf cakap.
Aku tak percaya benda macam ni berlaku dekat tempat orang islam sendiri!. Tapi itu yang berlaku. Tuhan tunjuk depan mata aku.


Bila masalah macam ini timbul (kebersihan), aku ada 2 pilihan

#1 Mengeluh dalam hati. Mulut sembur keluar kata-kata negatif dan kutuk pihak pengganjur sebab cuai dan gagal untuk uruskan soal sampah yang bersepah. Sekadar kencang bercakap. Tapi masalah tak selesai. Sampah tetap ada. Makin bertambah pula.

#2 Pergi cari kedai runcit dan beli plastik sampah. Kemudian, jumpa salah seorang crew/volunteer program. Slow talk dengan dia. Ceritakan apa masalahnya. Dan sama-sama tolong kutip segala sampai yang dah melimpah masuk dalam plastik. Ikat kemas-kemas dan kumpul satu tempat. Masalah selesai. Mata aku pun tak 'sakit'.


Aku pilih No.2. Sebab kalau aku hanya tahu mengeluh. Sampai ke sudah tak seleseai masalah. Pihak penganjur tak kan sedar. Mungkin program seterusnya, masalah yang sama timbul.


Salah seorang crew yang aku jumpa (Andy, orang indonesia), aku beritahu supaya soal kebersihan jangan di pandang sebelah mata. Boleh jadi fitnah pada Islam sendiri. Boleh buat non-muslim makin skeptikal dan jauh dari Islam. Harapnya tak berlaku lagi.



p/s: Dalam tiap perkara kecil yang dibuat, di hujungnya ada kesan besar yang melimpah. Tuhan tak pilih kasih dalam menilai amal baik hamba dia. Kecil besar banyak sedikit. Semuanya terhitung. Semuanya pasti di balas.

p/s: Aku pesan diri sendiri. Selalu. "Dari banyak mengeluh soal masalah, ada baik perah otak dan ringankan tulang empat kerat cari jalan selesaikannya".

Itu prinsip yang aku pegang.

4 comments:

Alyaa Ali said...

assalamualaikum

Allah. malu sendiri sebagai pelajar IIUM yang menyertai Heroes Conf tersebut namun tidak mengambil endah soal kebersihan
rasa selfish sebab fikir nak kejar masa sampai terlepas 'soal besar' buat orang lain

jazakallahukhayran for all the help
may Allah bless you

*maaf bertanya, student IIUM ke?

Muzze said...

Waalaikumsalam wrt,

Saya pun malu jugak waktu program tu, sebab turut hadir sebagai peserta conferens.

Malu jugak bila tak semena pergi singgah kedai di IIUM tu hanya mahu beli plastik sampah. Frankly speaking memang rasa awkward, huhu...but kalau kita yakin itu perkara yang betul dan sewajarnya di buat...then just do it. =)

Tentang sampah bersepah, jujurnya bukan mahu aibkan universiti @ penganjur. No offense to anyone. Cuma mahu di higlight kan perkara mudah yang biasa terlepas pandang. Soal kebersihan. Soal alam sekitar.

Saya nampak masalah berlaku depan mata, sedar sampah melimpah dan bersepah, kalau saya biar macam tu, pretend like there is nothing happen, i think I'm the worst person there....

*student UM, just graduated last October, (wish I could be an IIUM student...=), kampus dalam taman, its really soothing and inspiring)

May Allah bless you also. Jazakallah for the visit. =)

Alyaa Ali said...

tiada yang perlu dimalukan tentang beli plastik sampah tu
semoga usaha yang kecil itu Allah terima untuk kamu :)

people tend to ignore things they think should be done by other people, not them. which actually our responsibility as a whole.
as what you mentioned before, mereka rasa soal 'sampah' semuanya kerja cleaner. sampai rasa nanti cleaner dah takde kerja nak buat.
what a shame.

sebenarnya soal sampah ni berlaku di mana-mana. walau di masjid sekalipun bila ada program yang dianjurkan.
people's mentality that should be fixed.

thanks for the compliment (for IIUM literally)
Alhamdulilah. do pursue for the next level dalam jihad belajar di IIUM then.
belajar di semua tempat sama. cuma cara pandang kita pada persekitaran.
kalau rasa belajar di IIUM rasa boleh jadi baik, tanpa ada usaha untuk kearah kebaikan, tidak kemana juga. sama seperti belajar di IPTA lain.
this is just my 2 cents sebab orang luar pandang students IIUM ni baik-baik.
tapi bila dengar cerita yang tak sedap didengar, salahkan IIUM pula.
how sad.

oh, kalau UM student, kenal kak 'Atiya lah yea? just asking :)

Muzze said...

aminnnnn. Moga Tuhan redha. Amal kecil tu.

Soal sampah. I used to be that kind of people. I used to have that kind of attitude

"Ala..makcik cleaner boleh settle kan"...

Take for granted the environment, seolah tak ada kaitan dengan Islam. Tak ada hubungan dengan iman. But now, I realized that i have a distorted understanding about islam and environment. Both Islam and environment do have a relationship.

Saya kenal ramai kawan non-muslim yang jauh lebih baik as compared to me, bila berkait soal kebersihan (terutama toilet). Mereka jauh kedepan. Jadi aktivis dan pejuang dalam isu ni. Moga Tuhan kurniakan hidayah Islam pada individu macam ni. Besar manfaatnya pada agama.


"sebenarnya soal sampah ni berlaku di mana-mana. walau di masjid sekalipun bila ada program yang dianjurkan.
people's mentality that should be fixed."

Ya, setuju! =)

"...orang luar pandang students IIUM ni baik-baik."

Persepsi orang luar, memang secara umumnya pandang students IIUM @ mana-mana islamik institusi (exm: Sekolah agama) baik & jadi contoh masyarakat. Sebab label agama (islam) itu tinggi nilaiannya pada masyarakat. Orang luar ada certain expectation pada golongan di institusi agama. Mereka punya rasa hormat yang tinggi.

Kak Atiya? Your friend? Yeah..I think i know her (kalau tak salah orang)..sebab nama Atiya ni ramai orang guna =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis