Monday, October 8, 2012

Dad

Mereka bilang seorang ayah itu adalah hero dan cinta pertama bagi anak lelaki dan perempuan. Ya, aku fikir memang betul. Selepas ibu, ayahlah insan lelaki yang paling dekat dengan diri seorang anak. Sosok tumbuh yang melindungi, simbol peribadi yang memimpin dan membimbing ahli keluarga.

Mungkin jarang mahu mendengar "I love you", "Sayang" dari tubir mulut ayah. 

Mungkin jarang untuk ayah ada ruang dan waktu untuk berbual bersama si anak dengan kerap.


Mungkin jarang terlihat si ayah senyum, sebab kebiasaanya lebih kelihatan serius dan tegas.


Tapi bila engkau makin dewasa, akal sudah dapat beza baik buruk, hati pula bisa kenal budi orang lain, pasti semua sifat ayah itu akan terangkum jadi kenangan terindah yang akan di bawa sampai mati. 

Nanti Engkau dapat 'lihat' dengan jelas nikmat Tuhan bahawa Cinta dan kasih seorang ayah  itu terluah dan terpancar dalam bahasa yang lain. Disitu lah terpampang jelas, uniknya insan di panggil abah, ayah, daddy, abi.

Setiap masa berlalu, anak-anak makin menginjak dewasa, ibu bapa pula meniti usia tua. Keringat tulang empat kerat zaman muda-mudi mungkin sudah tak segagah dahulu. Nikmat fizikal mungkin tak semengah dulu. Tapi nikmat kasih dan cintanya seorang Ayah pada keluarga terlebih lagi pada si anak takkan pernah pupus dan susut di makan usia malah semakin kukuh membekas dalam hati insan itu.

Dan tiap saat yang berlalu, tak kan pernah lupa untuk selalu berdoa buat mereka. Kenangkan mereka adalah antara nikmat terbesar dari Tuhan. 

Credit
“Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rizki, maka berbaktilah kepada ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim (dengan kerabat).” 

Hadis Riwayat Imam Ahmad. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib (no 2488) mengatakan bahawa hadis ini hasan lighoirihi, yaitu hasan dilihat dari jalur lainnya. 



p/s: Ini ada dua buku yang aku kira terbaik untuk dijadikan bacaan dan koleksi peribadi.

#1 Dear Mother! Dear Father!

#2 The 5 love languages

2 comments:

n@7!h4h said...

setuju dengan "ayah ialah hero dan cinta pertama".

Menjadi seorang ayah bukan hanya tertampil kepada kemampuannya memberi nafkah tetapi sejauh mana ia mampu membangun peribadi seseorang anak, rohani dan sahsiahnya. Dia adalah 'role model'.

Walau macam mana pun keperibadiannya, dia tetap merupakan satu anugerah yang besar, tanda kasih ALLAH pada kita. Moga kita tak terlambat untuk berbakti kembali kepadanya.

Muzze said...

My dad is my hero,
My dad is my first love
My dad is my role model,

Yeah...walau tiap nafas yg terhembus ditukar pada doa dan ucapan syukur pada ayah...masih jaaauuuuuuuh dari cukup untuk balas semua budi & pengorbanan diorang..huh.. -.-'

That why redha ibu bapa itu adalah juga redha Tuhan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis