Wednesday, July 31, 2013
Sapaan Tuhan
Sapaan khusus dari tuhan lebih seribu tahun lampau
Bukan sesiapa yang diseru
Bukan sebarang insan yang dipanggil
Tapi hamba yang dicintanya.
akan sentiasa berbasis dari Tuhan
Semata atas patuh dan tinggi cinta hamba terhadap Rabbnya
Walau celah mana si hamba menetap di bumi
Seruaan agama itu akan di sahut.
Walau hidup sebagai kelompok minoriti muslim di tanah asing
Panggilan wahyu itu akan di jawab
"Wahai orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa..."
Itu.
Panggilan agama dari Tuhan."kami dengar dan kami patuh"
Supaya dipenghujungnya, ada natijah dan impian yang ingin dicapai.
"..agar (dengan puasa itu) kamu menjadi
insan yang bertaqwa"
Bila ada makanan tersedia kiri kanan
Tapi dipilih untuk menahan sampai ke saatnya untuk berbuka
Bila ada nafsu berkeliaran
Tapi dipilih untuk dikawal, sederhana, dengan perisai iman
Bila ada kemewahan, wang berterusan
Tapi dipilih infaq, sedekah kepada yang memerlukan
[Kredit] |
p/s: Kiranya buku ini aku fikir amat baik untuk dibaca. Ia buka manual perundangan yang membahas seputar hukum puasa dan ramadan. Ia dihadirkan kepada pembaca untuk kembali menghayati pensyariatan puasa itu sendiri. Ayuh, mula dari yang asas tentang erti dan tujuan As-Saum itu sendiri sebelum berlanjutan ke soal hukum. Nikmat ramadan beransur pergi, tapi belum pernah terlewat bagi diri muslim untuk perkemas niat dan amalan. Pasti, dengan izin Tuhan.
Friday, July 19, 2013
Pilihan
Kadang manusia akan punya pilihan,
#1 Belajar dari pengalaman sendiri: Diuji Tuhan untuk dia terusan belajar hakikat hidup didunia. Akan ada saja masalah, cabaran, ujian yang bersilih ganti.
#2 Belajar dari pengalaman manusia lain. Sama ada melalui pena yang tertuang di atas kertas atau didengar kisahnya untuk diambil pengajaran.
Kedua-duanya berkongsi penghujung yang sama:
Kisah & pengalaman itu dijadikan bekal yang sangat bernilai.
Jadikan diri sendiri makin mahu mengenal Tuhan dan mendekat dengan dia.
Insaf. Sedar hidup sekadar pinjaman. Ehsan dan rahmat Tuhan.
Ada sesuatu yang menanti selepas kematian.
Pastinya lebih baik dari segi kuantiti dan kualiti.
Ia bukan pengakhiran bahkan permulaan,
Untuk sesuatu yang lebih tinggi. Lebih bernilai.
Itu. Syurga dan redha Tuhan.
[Kredit] |
"Tidak mahu membuat sebarang keputusan walaupun terbentang didepan sekian peluang,
tanpa sedar, dalam diam dia telah pun membuat pilihan: memilih untuk tak memilih."
Subscribe to:
Posts (Atom)