Monday, October 7, 2013

Belajar


--- Aku belajar bahawa tiap manusia yang pelbagai cara fikirnya, berbeza latarbelakang punya satu kampung yang sama. Akhirat. Aku belajar bahawa manusia sama-sama dalam perjalanan pulang. Manusia itu sedang melukis kisah masing-masing dengan diri sendiri menjadi watak utama dan penamatnya akan berlabuh di tempat yang sama. Akhirat

--- Titik mula cerita mungkin berbeza, ada yang bermula gembira dan bahagia. Ada yang bermula duka dan derita. Tapi aku belajar lagi bahawa penamat cerita manusia adalah sama. Akhirat.

--- Aku sedang belajar dan akan terus belajar untuk melihat sisi yang indah dari yang hodoh, kutip hikmah dari melempar musibah. Dan yang jelas, aku masih punya banyak celah-celah busuk yang orang lain terhijab dari melihat. Rahman-nya Tuhan menutup aib diri sendiri. Dan aku belajar, aku kena selalu syukur.

[Kredit]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis