Wednesday, April 20, 2011

My pencil art

Bila cerita pasal lukisan potrait....terkenang zaman kanak-kanak (darjah 2)...sebab time ni lah mula betul-betul lukis potrait. Sebelum tu conteng-conteng kosong, Tak serius.


Sesi lukis-melukis time kelas pendidikan seni. Cikgu bagi task lukis gambar tokoh pemimpin negara Pilih lah mana-mana dari 4 tokoh yang ada (Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, & Tun Dr Mahathir).

Diri sendiri jadi bersemangat 'menyahut' seruan guru pendidikan seni tu sebab pemenang akan dapat hadiah special. Wah!..bab hadiah..memang diriku akan automatik laju & rajin dengan sendirinya. =)

Masa tu waktu Tun Dr Mahathir jadi PM (bukan pembantu mahasiswa). Jadi, beliau kupilih sebagai model lukisan. Kawan sekelas merangkap sahabat baik~ Qayyum pilih Tunku Abdul Rahman sebagai model. Walaupun sahabat baik, but at the same time dia adalah "musuh" ketatku.....tapi dalam bab lukisan la.


Posisi gambar Tun Dr Mahathir sebagai model portret.


Cikgu bagi tempoh seminggu untuk siapkan potret masing-masing. Di pendekkan cerita...sesudah penat berhempas-pulas melukis...sahabat baik ku di pilih sebagai pemenang, me?? ~ 2nd place...~_~!

Tapi, yang sedihnya..lukisan potret tu Cikgu tak pulangkan, dia simpan buat kenangan sendiri.....

Tak terpikir nak claim lukisan tu. Takpe lah.

Anyway, itu adalah starting point aku melukis potret, and now, i'm starting to develop my skill in portrait drawing with a mission to become a professional pencil potrait artist. Insya Allah!

So far, alhamdulillah dapat siapkan 3 artworks ~ cuba perhatikan setiap artwork, ada
perbezaan yang ketara in term of its realistic. Enjoy!
*nombor lukisan menunjukkan turutan lukisan mana yang di siapkan dahulu.

1. Portrait baby Korea



2. "Smokey" in memory


Kucing peliharaan dekat bilik. Asalnya rumate yang ambil dekat mapley. Tapi sekarang smokey dah menghilangkan diri, takde khabar berita, Missing in Action (M.I.A). Lukisan ni sebagai kenang-kenangan.


3. Ce teka siapa budak ni?


Meow !
~Muzze spa

p/s: i have some idea regarding [pencil portrait + poster]

4 comments:

Anonymous said...

salam singgah

cool! pandai brmain ngn shading~!
jeles2~
huhu


-eyna chan-

Xiet_Enigma said...

budak ni mcm muka anak muzze je. Hehe

p/s: pasni lukih gamba aaron houdd lak ek :)

muzze spas said...

Eyna chan ~ susah woo nak buat part shading tu...... >_<!

muzze spas said...

Xiet ~ wooo, cam muka anak saya eh?...hahaha, insyaAllah, sy lukis gambo kak jie se family....=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis