Sunday, April 1, 2012

Rancang Hidup, Rancang Wang

Alhamdulillah! Best & santai! (serius)
Buku yang berikan aku banyak idea-idea asas tentang putaran kehidupan
Bermula dari soal matlamat, dan halatuju hidup, kerjaya, perancangan duit poket, takaful, pelaburan, beli rumah, pendidikan awal anak-anak (terutama anak pertama), konsep rezeki, masalah kewangan, hingga isu ASB.

Itu buku terkini yang aku sedang kunyah lepas kenyang dengan kisah inspirasi lagi menyentuh emosi Buku Leaving Microsot to change the world.

Buku yang dimaksudkan adalah : 

Rancang Hidup Rancang Wang tulisan Hamdy [Haron Mohd Yusof. Ini belog beliau. 


 Credit to abang long. net sebab perkenalkan aku dengan buku ni. May Allah bless you!

Brother Hamdy berkongsi pengalaman hidup beliau dan beberapa idea praktikal berkaitan soal kerjaya, perancangan kewangan, pelaburan dan perlindungan, beli rumah, tips dan pendekatan mendidik anak dan konsep rezeki. Sungguh, banyak yang aku belajar dari buku 232 muka surat ni. 

Isi kandungannya bukanlah bersifat terlalu akademik sehingga memerlukan neuron-neuron otak anda  bekerja keras untuk menganalisis dan mengekstrak isi-isi tersurat bagai. Anda juga tak perlukan kamus Cambridge Advanced Learner's Dictionary untuk faham istilah-istilah yang di gunakan dalam buku ini.

Penulis menggunakan bahasa yang mudah dan santai. Malah idea - ideanya bersifat surface dan ringkas namun sangat penting sebagai panduan untuk permulaan hidup. Terutama bagi mereka yang baru mencecah umur 20-an. [macam aku]

Antara bab yang paling aku suka baca adalah tentang bagaimana Brother Hamdy dan isteri beliau mendidik anak-anak sejak mereka lahir sampailah umur 16 tahun. Pendekatan mereka mengajar anak-anak menghafaz ayat-ayat Quran bagiku sangat menarik untuk di pelajari. Alhamdullilah, kesannya anak-anak beliau berjaya menghafaz antara 12-15 juzuk. 
*ouch!....snap on my face. aku juga kena lebih akrab dengan Quran.. -.-'

Antara ayat feveret beliau yang aku suka.

"Jangan salahkan isteri bila anak tidak perform; selalunya ramai suami yang mengatakan kepada isteri..

'Tu laa you...tu sebab anak jadi begini......' 

Itu adalah ungkapan paling bodoh kerana pemegang saham syarikat tidak akan menyalahkan manager, yang disalahkan ialah CEO syarikat apabila syarikat tidak perform" 
pg: 150

Mahu tahu lebih? eloklah baca buku ni. ok

Meow!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis