Sunday, December 30, 2012
Seperti buku,
Tak kisah apa judul atau genre
Buku tak pernah memilih siapa pembacanya.
Tak bersikap pilih bulu siapa yang layak untuk buka dan selak tiap lembar kertas.
Buku tak pernah memilih siapa pembacanya.
Tak bersikap pilih bulu siapa yang layak untuk buka dan selak tiap lembar kertas.
Siapa saja orangnya,
asalkan punya minat membaca dan cintakan ilmu,
bersedia meruangkan masa, khusus untuk membaca
diraikan terus tanpa pilih kasih.
Di persilakan langsung untuk mentelaah tiap kata dan perkataan.
Mencicip tiap mesej yang tersurat. Menghirup segala idea yang tersirat.
Buku sentiasa menunggu untuk di buka, di baca, dikaji, di ambil manfaat dan hikmah, diceduk ilmu yang terkandung buat panduan dan nasihat untuk hari yang mendatang.
Tanpa pilih bulu,
Buku sentiasa rindu mahu bertemu pembaca yang sudi.
Pembaca yang lansung tak di kenal. Tak pernah sua muka.
Tapi buku lansung tak kisah. Bukan itu yang di cari. Bukan itu yang mahu dirai.
Seperti buku,
Tujuannya hanya satu
Meluah dan menyemai, berkongsi ilmu dan apa yang terkandung dalam helaian kertas.
Sama ada kertas yang kian menguning atau yang baru putih bersih.
Buku sentiasa bersedia memberi hikmah, ilmu dan pengalaman baru kepada pembaca.
Bebas sebebasnya buat pembaca mengambil ibrah (pengajaran).
[Kredit] |
Seperti buku,
Aku mahu punya sikap ini. Tak memilih dalam berkawan. Tak menyombong bila berteman. Tiap Strangers yang aku kenal punya kisah masing-masing yang terusan jadi inspirasi aku.
Seperti buku
Aku mahu semai prinsip ini. Sentiasa memberi manfaat dan kebaikan. Walau siapa yang bakal berteman.
Seperti buku
Ia tak memilih siapa tuannya,
Dan tak akan pernah.
________________________________________________________________________________________________
"Buku adalah sahabat paling setia, rela mendampingi sepanjang waktu di mana pun aku berada tanpa pernah memikirkan dirinya."
-Abdulrahman Faiz (Aku Ini Puisi Cinta)
"Dalam perjalanannya dengan kuda berlangsung berhari-hari, setelah rehat, beliau membaca buku-buku ilmiah yang di bawanya. Membaca, bergaul dengan ahli-ahli ilmu pengetahuan adalah matlamat penting dalam program hidup Sultan Salahuddin al-Ayubi'
- Syed Hussein Al-Atas (Cinta Sempurna Warisan Sejarah)
"Books are the quietest and most constant of friends; they are the most accessible and wiset of counselors, and the most patient of teachers"
'"A house without books is like a room without windows"
________________________________________________________________________________________________
p/s: Buat pencinta buku yang mungkin punya judul buku yang sama dengan aku (siapa tahu kita berkongsi judul atau genre yang sama) boleh saja bertukar-tukar cerita dan berkongsi review buku yang kalian baca di sini.
Goodread? Ya, itu laman pustaka maya yang aku ada. Laman web khusus buat book lovers. Jadi medium berkongsi buku-buku yang sudah, sedang dan bakal di baca. Jadi tempat bertukar cerita dan coment tentang buku.
p/s: Di rumah orang tua sudah ada ruang khas untuk di jadikan mini libary.
0k. Ruangnya sudah ada, tinggal mahu di letak almari dan buku. Huh, banyak kerja rasanya, tapi serius berbaloi! =)
Saturday, December 22, 2012
Strangers
Selalu aku fikir seorang diri. Kerap aku cakap dalam hati.
Tiap manusia yang aku jumpa setiap hari bukan semata-mata secara kebetulan.
Aku percaya dan aku yakin. Sangat. Itu semua sudah Tuhan tentukan. Sudah Tuhan caturkan. Ada sebab pengajaran yang Tuhan mahu aku belajar. Ya. Pasti.
Entah. Sejak aku mula kerja, duduk dalam dunia baru (luar dari suasana sebagai pelajar universiti), berjumpa, bergaul dengan rakan sekerja yang aku tak kenal. Strangers
Aku rasa seronok sebenarnya. Sebab aku suka dengan suasana baru yang secara tak langsung mengajar aku lebih berdikari. Independent.
Suka berjumpa kenalan baru. Belajar dan berinteraksi dengan pelbagai jenis manusia. Semua itu berdikit-dikit mematangkan aku. Tambah pengalaman peribadi.
Manusia yang Tuhan takdir kan untuk jadi kawan aku. Untuk jadi tempat dia cerita kisah pahit manis tawau kelat masin masam pedih perit. Sebut saja apa.
Dari sepekat hitam, amal jahiliah hingga dosa besar yang dilarang Tuhan.
Selalu pertanyaan ini keluar,
"Apa Tuhan mahu aku belajar dari manusia A ni?"
"Kenapa Tuhan takdirkan aku jadi salah seorang kawan baik manusia B ni?"
"Baru ja kenal tak sampai sebulan, hampir semua cerita keluarga, kisah silam dia cerita dekat aku. Gila apa mamat ni?"
Maaf. Aku tak nak coretkan apa kisah lama dan sisi gelap dia dekat sini. Itu bukan benda yang nak di highlight kan.
Soalnya, Tuhan temukan aku dengan manusia ini. Dan banyak benda aku belajar. Sangat.
Bila Tuhan kirim seseorang dalam hidup kita, Tuhan mahu sama ada kita belajar dari mereka atau jadi kawan selamanya. [Kredit] |
Tiap strangers yang aku kenal, ia umpama satu bab baru dalam buku kehidupan aku. Jadi cerita yang aku coretkan. Jadi teman baru dalam kembara perjalanan. Kawan backpack.
Dan pastinya, langsung aku tak pandang hina manusia begini. Malah dia mungkin lagi mulia di sisi Tuhan. Lagi Tuhan kasih dan sayang banding dengan aku. Siapa tahu?
Aku hanya mahu lihat sisi positif dan baik dari tiap stranger yang aku kenal. Soal aib dan kudis dia tak perlu ambil tahu. Cukup sekadar jadi iktibar. Jadi sempadan untuk diambil pelajaran. Tak perlu ungkit mahu kecoh satu dunia.
- Muzze, Pantai Hillpark
- Muzze, Pantai Hillpark
p/s: Jujurnya, aku jenis manusia yang susah sikit mahu kongsi masalah. Luah perasaan. Berbagi kisah sedih. Semua cerita sedih, tertekan, sakit hati teramat, benci, bengkek, bengang. Aku pendam. Aku telan. Aku kunyah. Aku hadam. Lebih selesa semua yang pahit tersimpan kemas dalam hati. Sekadar diam dan senyum depan orang. Tapi kemuncaknya, Tuhan jadi tempat aku luah semuanya.
Wednesday, December 12, 2012
Pakej
Bila yang
Busuk
Jijik
Jelek
Keji
Semua kau pakej kan sekali
Kau puas?
Bila pakej tu
Kau balut dengan kertas hasad dengki
Kau hias dengan riben busuk hati
Kau bungkus dengan bekas iri hati
Kau puas?
Pakej serba serbi indah ternampak dari luar
Tapi dalamnya penuh berulat. Berbau
Kau puas?
Pakej begitu mahu kau bagi pada orang.
Pakej macam itu kau mahu kirim dekat manusia.
Kau puas?
Aku ulang. Kau puas?
-Universiti Malaya, 2012
[Kredit] |
Aku suka minum kopi. Aromanya, cawan yang diguna, rasa dan corak buih yang ada. Satu pakej yang indah. Aku kira. Unik. Tapi akan jadi cacat bila si penghidang atau pelayan bermuka ketat (baca: susah senyum), bengis, kelat, kasar, pemarah. Pakej yang ada pada kopi jadi basi. Biasa.
p/s: Agama itu pakejnya cukup indah, cantik, mudah, lengkap. Asasnya disebarkan dengan hikmah penuh kasih sayang. Hikmah itu di akal. Kasih sayang itu soal perasaan. Di hati letaknya. Jangan pakej agama itu jadi busuk berulat dengan sebab sikap dan peribadi yang jelek.
Sunday, December 9, 2012
Sisi Hitam. Putih
.....
"Celaka aku!. manusia lain rasa kagum dengan sisi putih itu, sedang aku tahu, Tuhan kalau dia hendak, bila-bila masa boleh dedah aib aku, singkap sisi hitam aku."
"Celaka aku!. Tuhan kalau dia mahu, boleh saja dia tayang satu dunia, sisi hitam aku. Memang langsung tak akan ada yang dapat tutup muka. Habis malu!"
......
Tapi, Tuhan yang maha pengasih langsung bukan itu sifatnya.
Besar cinta dia. Sungguh!
Luas rahmat dia. Amat!
Di beri sentiasa peluang taubat.
Di buka seluas-luasnya pintu rahmat.
Tuhan menunggu aku kembali pada Dia. Sentiasa!
Dan bila aku kenangkan ini...
Aku tak mampu cakap apa-apa. Mulut jadi bisu.
Hanya mampu luah,
"Astaghfirullah"
"Tuhan, aku mohon ampun...."
Satunya yang kita tunjuk pada manusia.
Satu lagi kita sorok dari mereka. Tutup rapat-rapat. Hatta cahaya pun tak tembus masuk.
Kucing hitam, kucing putih. Dua-duanya lebih mulia. Aku kira. Suci tak berdosa. Tuhan, maafkan aku. Selalu aku mohon ampun, selalu juga aku lupa. Masih leka dan seronok dengan jahiliah. [Kredit] |
p/s: Al-Quran surah 73. Ayat Kurungan pertama Tuhan sebut nama aku. Sadis. Lama sungguh rasanya aku abaikan nikmat sujud waktu malam itu. Aku kena cari semula nikmat yang hilang.
Thursday, December 6, 2012
The best part of being a Muslim
The best part of being a muslim.
You are guided.
You were given a road map on how to attain true happiness, blessing and inner peace.
You have the best role model to be followed and inspired. They ate, slept, worked, and married. Just like you. They are the best people chosen by Allah. From Adam, Moses, Abraham, Jesus until Muhammad. (May peace and blessing be upon them)
The best part of being a Muslim.
You were given the highest degree of freedom humans can achieved. Instead of being a slaves to humans, your own lust and desired. You choose to submitted your body, mind, heart and soul to the ultimate one. God, the most merciful, the most beneficent.
The best part of being a Muslim.
You knew that this Dunya (World) is temporary.
You knew that you are in the journey of going back to your true home. A place better than this world. Something higher. Jennah (Heaven)
The best part of being a Muslim.
You aware that there is only one God worthy of worship. The One and Only.
The One, whom all creatures need. The One who neither eats nor drinks. The one who begets not nor was He begotten. And there is none co-equal or comparable unto Him.
He is Allah.
Our first love story
p/s: I'm truly blessed by Him. Allah. He guided me. He gave me light. Thank you Allah. =')
*Muslim: Someone who consciously commits himself to the worship of God alone, not according to his own inclinations or those of other men but according to the method conveyed by God through His appointed prophets (messengers)
Subscribe to:
Posts (Atom)