Tuesday, February 11, 2014
3 soalan.
Pelajar yang mendaftar hampir kesemuanya terbaik. Masing-masing punya rekod cemerlang dari segi akademik dan sahsiah peribadi. Jika nun, di penghujung tahun sesi persekolahan,
pihak sekolah boleh merasa gembira, suka dan bangga kerana berjaya melahirkan pelajar cemerlang,
jika diawalnya cemerlang apa yang luarbiasanya?
Bagaimana dan siapa yang mahu beri perhatian, mahu hulur tangan barang dipimpin, ditunjuk jalan buat pelajar yang biasa-biasa atau corot? Pelajar yang mencabar dari segi akhlak mereka. (aku tak suka guna istilah pelajar bermasalah sebab jelas konotasi negatif)
Aku tanya kali kedua,
Dimana mereka dan ada sesiapa yang ambil peduli? Atau ini realiti hari ini?
Anda corot, kalian bengap. Selamat tinggal dunia, masa depan punah!
Dan sekali lagi aku tanya diri, buat kali ketiga.
Peranan aku dimana?
[KHALIFAH MODEL SCHOOL SECONDARY] |
Di sini. Di sekolah ini.
Kami punya impian dan kami berusaha mencapainya.
Kami mahu membantu mengisi lompong dalam sistem pendidikan yang ada sekarang. Maaf, aku sudah serik. Serius. Aku sudah insaf. Kalau dulu, aku berdegar-degar teriak kritik sana sini tentang betapa tenat dan bermasalah sistem pendidikan yang ada sekarang tapi sangatlah kontang sisi praktikalnya. Sekarang, aku memilih untuk serius berpijak pada realiti dan menabur amal, menyemai benih seawal mungkin.
Tiga soalan buat diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Alhamdulillah..
Suka dengan semangat Muzze dalam bidang pendidikan.
Teringat filem dokumentari 'Waiting for Superman'. Realiti pendidikan yang jelik. Ada kesamaannya di Malaysia.
Moga Allah berkati usaha Muzze.
Post a Comment