Sunday, June 17, 2012

Hipokrit dalam beriman



Sudah 23 tahun bernafas
hidup dalam nikmat pinjaman Tuhan
Tapi sejauh mana aku sudah betul-betul jadikan redha Tuhan tujuan utama hidup?
Bila segala apa yang aku buat sebelum mati, kembali hanya untuk Allah

Kampung akhirat sebagai destinasi yang aku mahu tuju?
Petunjuk nubuwwah sebagai ikutan terbaik yang aku  mahu tiru?
Atau aku hanya pandai berlakon.


Mahu berpura-pura dengan Tuhan?
Hipokrit dalam beriman?
(Baca: Munafik)
Jahil lagi bongkak dengan Tuhan?
(Baca: Kafir)

Jangan pernah pikir demikian.
Segera cari kasih Tuhan yang hilang.
Rahmat Tuhan yang luas tanpa sempadan
Harus sentiasa bertaubat tak kira masa mahupun tempat

Tuhan tak pernah kedekut mahu curahkan cinta dia.
Kerana Aku tahu
Jika seorang manusia mahu kembali pada Tuhan,
Tidak ada sebarang perantaraan antara si pencipta dan hamba

Sungguh terbuka luas pintu ampunan itu!

 Selagi nyawa di kandung badan
Tak pernah tertutup ruang untuk kembali kepada Tuhan
[Credit]

Selagi belum mati, pasti aku akan terus di uji. Dan selama itu aku harus terus bertaubat, kerana aku manusia. Sama seperti kalian. Bukan makhluk suci seperti Malaikat yang sentiasa bertasbih memuji Tuhan. [Credit]

Monday, June 11, 2012

Hei, apa yang aku buat selama ni?



Bila aku tak boleh tidur malam atau susah sangat mata mahu lelap walaupun sudah sedap terlentang atas tilam yang empuk, otak aku akan ligat berfikir.

Fikir dan fikir sampailah aku termenung jauh disebabkan satu soalan. Soalan yang buat aku rasa sangat malu dengan diri sendiri


               "Apa yang aku buat selama ni sampai usia 23 masih belum menghafal Al-Qur,an?". 



Dengan segala sumber yang ada (Guru, tips, Mushaf Qur'an) 
Hidup pula dalam negara yang aman langsung tiada perang
Apa alasan mahu aku berdalih?

Malu...ya memang malu.....jujur aku tak ada jawapan!...... 


Sudah berapa tahun aku hidup? Masih gagal habiskan hafalan.... -.-' (Kredit)


23 tahun...tempoh yang sangat panjang...soalan yang muncul buatkan aku lagi tak boleh tidur. -.-' 
Aku tak jumpa jawapan...yang aku tahu hanya satu...

ayuh segera habiskan hafalan! 

Moga Tuhan mudahkan urusan. Amin. Jika kalian juga punya azam yang sama...ayuh segerakan langkah. Ini aku mahu kongsikan bagaimana cara mudah aku mula menghafal.

Moga aku tak termasuk dalam golongan yang yang mengabaikan Qur'an

"Dan Rasul (Muhammad) berkata, 'Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Qur'an ini diabaikan.'"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis