Sunday, June 17, 2012
Hipokrit dalam beriman
Sudah 23 tahun bernafas
hidup dalam nikmat pinjaman Tuhan
Tapi sejauh mana aku sudah betul-betul jadikan redha Tuhan tujuan utama hidup?
Bila segala apa yang aku buat sebelum mati, kembali hanya untuk Allah
Kampung akhirat sebagai destinasi yang aku mahu tuju?
Petunjuk nubuwwah sebagai ikutan terbaik yang aku mahu tiru?
Atau aku hanya pandai berlakon.
Mahu berpura-pura dengan Tuhan?
Hipokrit dalam beriman?
(Baca: Munafik)
Jahil lagi bongkak dengan Tuhan?
(Baca: Kafir)
Jangan pernah pikir demikian.
Segera cari kasih Tuhan yang hilang.
Rahmat Tuhan yang luas tanpa sempadan
Harus sentiasa bertaubat tak kira masa mahupun tempat
Tuhan tak pernah kedekut mahu curahkan cinta dia.
Kerana Aku tahu
Jika seorang manusia mahu kembali pada Tuhan,
Tidak ada sebarang perantaraan antara si pencipta dan hamba
Sungguh terbuka luas pintu ampunan itu!
Selagi nyawa di kandung badan Tak pernah tertutup ruang untuk kembali kepada Tuhan [Credit] |
Selagi belum mati, pasti aku akan terus di uji. Dan selama itu aku harus terus bertaubat, kerana aku manusia. Sama seperti kalian. Bukan makhluk suci seperti Malaikat yang sentiasa bertasbih memuji Tuhan. [Credit] |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment