Monday, June 11, 2012
Hei, apa yang aku buat selama ni?
Bila aku tak boleh tidur malam atau susah sangat mata mahu lelap walaupun sudah sedap terlentang atas tilam yang empuk, otak aku akan ligat berfikir.
Fikir dan fikir sampailah aku termenung jauh disebabkan satu soalan. Soalan yang buat aku rasa sangat malu dengan diri sendiri
Fikir dan fikir sampailah aku termenung jauh disebabkan satu soalan. Soalan yang buat aku rasa sangat malu dengan diri sendiri
"Apa yang aku buat selama ni sampai usia 23 masih belum menghafal Al-Qur,an?".
Dengan segala sumber yang ada (Guru, tips, Mushaf Qur'an)
Hidup pula dalam negara yang aman langsung tiada perang
Apa alasan mahu aku berdalih?
Malu...ya memang malu.....jujur aku tak ada jawapan!......
Sudah berapa tahun aku hidup? Masih gagal habiskan hafalan.... -.-' (Kredit) |
23 tahun...tempoh yang sangat panjang...soalan yang muncul buatkan aku lagi tak boleh tidur. -.-'
Aku tak jumpa jawapan...yang aku tahu hanya satu...
ayuh segera habiskan hafalan!
Moga aku tak termasuk dalam golongan yang yang mengabaikan Qur'an
"Dan Rasul (Muhammad) berkata, 'Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Qur'an ini diabaikan.'"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment