Sunday, May 13, 2012

kenapa 3 bulan?



Tempoh 3 bulan yang aku pilih untuk hafal 1 juz Al-Quran (Surah Al-Baqarah: 1- 141) bukanlah dibuat atas dasar suka-suki tali kecapi, tapi penuh dengan alasan tersendiri (*ceh, ayat nak sedap, pengaruh karya Khalil Gibran).haha. Siapa-siapa yang berniat dan berazam untuk mula menghafal Quran akan meletakkan jangka masa (time frame) masing-masing. Dan bagiku lama/singkat tempoh tu bergantung pada teknik & situasi masing-masing.  

Bulan Ramadan akan tiba kurang dari 3 bulan dari sekarang. Jadi plan nya sebelum ramadan aku sudah boleh hafal 1 Juz. Dan aku akan peruntukkan tempoh sebulan sepanjang bulan ramadan untuk revise dan ulang balik semua ayat dalam Juz 1. (Surah Al-Baqarah, mula ayat 1 hingga 141). Jika hasrat ni berjaya, ramadan tahun ni akan jadi yang paling best bagi aku. Mahu gunakan sebaik mungkin peluang bertemu Ramadan. Risau jika ini my last Ramadan.



Macam mana mahu hafal?
 
1. Baca 3 baris ayat Qur'an per hari (3 baris sehari)
Cukup. Tak lebih dari itu. Langkah pertama aku baca dengan melihat Mushaf & ulang sebanyak 10 kali (lebih lagi bagus), baca dengan melihat Mushaf sangat penting untuk pastikan bacaan kita betul (terutama panjang pendek). Kemudian aku akan ulang 3 baris ayat tu 10 kali (tanpa melihat mushaf Quran). Kalau tersangkut-sangkut, aku akan refer balik mushaf sampailah betul-betul ingat. 
Proses ni hanya ambil masa antara 10-15 minit dari 24 jam hidup kalian iaitu lebih kurang 1% sehari.

2. Ulang 3 baris ayat dalam solat

Setiap kali solat bacalah 3 baris ayat yang sudah dihafal tu. (Maknanya, dalam sehari aku akan ulang dan ulang paling kurang 5 kali).

3. Ulang step 1 & 2 untuk ayat-ayat seterusnya.


Gunakan Mushaf Quran yang sama.

Bagiku, adalah lebih baik jika kalian khususkan satu mushaf untuk tujuan bacaan dan hafalan. (nak gunakan ipad pon boleh..hehe). Tapi aku lebih suka mushaf uthmani yang biasa kita guna. Sebab? Dalam mushaf uthmani :

Satu Juz Quran ada 20 muka surat (10 helai)
Setiap muka surat pula ada 15 baris ayat.
Jadi untuk hafal satu muka surat Al-Quran perlukan masa lebih kurang 5 hari:


Perhatikan dalam mushaf ni ada huruf-huruf yang berwarna hijau, biru, merah....etc (aku sangat suka sebab aku agak lemah dalam bab hukum tajwid). Jadi warna ala-ala pelangi ni mudahkan aku untuk semak bacaan supaya betul (dengung, panjang, pendek bacaan)

Formula hafalan

       1 m/s = 15 baris ayat 

Target:  3 baris ayat sehari, 15 / 3 = 5 hari untuk satu m/s


Aku ubah sikit formula ni, aku tambah lagi extra 2 hari. Kenapa? Supaya ada lebih masa untuk betul-betul hafal kesemua 15 baris ayat (satu muka surat). Aku tak akan pindah pada ayat yang lain selagi bacaan sebelum ni belum betul-betul mantap.

Maknanya, 7 hari (seminggu) diperlukan untuk boleh hafal satu muka surat.

Caranya?

1st day:
aku baca semua 15 baris (satu muka surat) sekali dengan terjemahan dia. Ini sangat penting, ia akan banyak bantu semasa proses nak hafal. Kita boleh faham apa mesej ayat yang akan kita hafal. Secara tak langsung kita sebenarnya sedang tadabbur (menghayati & memikirkan makna ayat-ayat Quran). Ulanglah baca satu m/s ni sebanyak yang mampu supaya otak & lidah akan familiar dengan sebutan dan makna.

2nd - 6th days:
Guna formula 3 baris ayat/hari. Jadi 5 hari sudah boleh cover semua 15 baris. Dan jangan lupa ulang ayat-ayat sebelum tu.

7th day:
Ulang balik kesemua 15 baris ayat. Pastikan hafalan kita sudah betul-betul mantap. Lagi bagus jika kita boleh faham makna setiap ayat. Sebab setiap ayat dalam Quran jika dihayati memang saling berkait. Jadi ini akan mudahkan proses nak hafal. Kira macam jadi sebuah story lah. =)


Note: Bila sudah konfident tahap yang tak boleh dipertikaikan lagi (cam hape ayat ni..hehe), maka bolehkan maju ke m/s seterusnya. Oh, jangan lupa untuk mintak kawan yang bagus bacaan Quran untuk semak hafalan kita. Kalau dapat baca depan Tok Imam/Guru Quran lagi osem!


Mind map untuk menghafal Quran. (11 tips)


Setiap kali aku berjaya hafal satu-satu ayat Quran, I said this to myself (self monolog)

"Kemampuan menghafal ayat Quran hanyalah kerana izin dan rahmat Tuhan. 
Jadi bersyukur lah"


p/s: jika kalian mahu cuba kaedah ini, sangatlah digalakkan. Formula ini mungkin sesuai dan mungkin tak sesuai bagi kalian. There is no one size fits all. Formula ini adalah nasihat daripada video ni.

p/s: aku ada habit untuk ulang bacaan Quran yang aku hafal (termasuklah surah-surah pilihan yang sudah di hafal) bila time bawak motor. Terkumat-kamit mulut baca. Ini satu cara. (tapi pastikan fokus bawak motor tak lari, jika tidak eksiden jawabnya!)
_________________________________________________________________________________

*Mushaf : merujuk kepada kitab al-Quran
*Juz : bahagian dalam Quran. Jumlah semuanya ada 30. Setiap Juz dalam Quran mengandungi ayat tertentu. Contoh: Juz 1 mengandungi surah Al-Fatihah & Al- Baqarah ayat 1 -141.

2 comments:

Izzati Hashim said...

Rabbuna Yusahhil, insyaAllah. (=

Moga terus istiqamah,
moga terus kuat,
insyaAllah.

Teringat pesanan seorang doktor di universiti,

"Kalau kamu mula menghafal dari skrg, sikit demi sikit, insyaAllah dalam masa 4-5 tahun nanti, kamu akan bergelar hafiz/hafizah. Yang penting, istiqamah! Jgn tinggal walau sehari!"

Doa byk2 juga, moga istiqamah dan kekuatan itu sentiasa ada, insyaAllah. (=

Yosh!
(=

Muzze said...

Amin Dr! ^^

Moga niat betul kerana Tuhan.

Kalau ikut formula yg sy guna ni

Step by step, insyAllah dalam masa 11 tahun (lebih kurang) dapat hapal suma 30 Juz. Amin.

Thanks! again for the support n visit. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis