Wednesday, May 9, 2012
"Mula bulan Mei, tempoh 90 hari"
"Mula bulan Mei, tempoh 90 hari"
Sebelum kalian baca posting ni, cuba check kalendar masing-masing. Pejam celik, sudah 9 Mei (17 Jamadil Akhir) (Waktu artikel ni di tulis). Tinggal kurang 90 hari, atau lebih tepat 72 hari sebelum Ramadan. Wah!...... Time is ticking so fast! Sudah mahu masuk ramadan....Tak percaya? Aku dah kira, betul tak tipu. ^^
Ramadan yang paling best. Bagaimana?
Aku terfikir satu cara macam mana mahu jadikan ramadan kali ni adalah yang terbaik & hebat dalam hidup. Berbeza dengan Ramadan sebelumya. Caranya? Fikir dan fikir, Tuhan beri ilham dan idea:
Ideanya mahu:
hafaz 1 juz Al-Quran dalam tempoh 3 bulan
Mind Map # 1
Tips & panduan untuk mula menghafaz Quran bagi level beginner macam aku.Semoga Allah kurniakan syurga buat Murabbi ku atas nasihat yang amat berguna. (Video) |
Mind Map # 2
7 surah pilihan untuk dihafal
Mind Map # 3
Modus operandi untuk menghafaz Qur'an.Salah satu ayat Quran yang betul-betul buat aku termenung jauh.... -.-'
Sesungguhnya Kami telah permudahkan
Al Quran itu untuk dikuasai maka tidak adakah orang yang sudi menguasainya
(Mengambil Pelajaran)?
Ya Allah, bila aku jumpa ayat ni (snap on my face!) *Malu dengan diri sendiri. Hambamu sahut pelawaan mu wahai Tuhan!(Al Qamar : 17)
p/s: Ada 4 individu yang memberi aku inspirasi untuk mula menghafal Quran ni. Siapa mereka nanti aku kisahkan ya.
p/s #2: Niat untuk mula menghafaz Quran ini tak berakhir sampai juz 1, kalau Allah
Ar-rahman ar-rahim izinkan, aku azam mahu hafal semua ayat-ayatNya (30 Juz). Tapi
mula dengan yang kecil tapi berterusan.
p/s #3: Jika kalian sedang baca posting ni, satu saja yang aku mohon. Doakan
semoga aku konsisten (istiqamah) dan ikhlas. Amen. Doa kalian aku harapkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment