Thursday, May 24, 2012
2 years
Credit |
Abah
2 tahun lagi akan bersara
Umurnya 30 tahun lebih tua dari aku.
Memerah keringat untuk mencari rezeki,
Menjadi satu-satunya punca rezeki buat keluarga
Bila kami adik beradik masih di bangku sekolah.
Ibu,
2 tahun lagi genap lah usianya 51 tahun
Dari rahimnya, Tuhan kurniakan 6 orang anak
Menjadi suri rumah sepenuh masa,
Dari anak pertama hingga sekarang
membesarkan kami 6 beradik
di didik dengan agama, adab dan akhlak
Sampai mati aku tak mampu balas jasamu.....ibu
Abang yang sulung #1
2 tahun lagi mungkin sudah berkeluarga
Bertambah amanah, seiring dengan bertambah usia
Alhamdulillah, sudah berkerjaya,
kini masanya membalas jasa
Adik #3
2 tahun lagi bakal habis degree nya
Akan mula kenal dunia sebenar
Atau mungkin teruskan niat mahu belajar
Menjangkau usia awal 20-an
Terus mengejar impian dan cita
Adik #4
Si kakak 'sulung' dalam keluarga
2 Tahun lagi bakal habis pengajiannya
Tuhan, Engkau kurniakan nikmat yang tak ternilai
Dipilih untuk belajar dan menghafal Quran
Dalam sujud, aku sentiasa doakan kemudahannya
Adik #5
2 tahun lagi bakal menempuh alam kampus
Si adik perempuan yang kian dewasa
Pemalu orangnya
Tapi manis dengan senyuman
Sekarang sedang bersedia untuk SPM 2013
Adik #6
Teruna yang paling kecil
Bersiap untuk UPSR 2013
2 tahun lagi bakal menginjak alam remaja
Meninggalkan alam kanak-kanak
Bersedia mengikuti jejak abang dan kakaknya.
Aku?
2 tahun lagi
Kalau aku masih hidup, ya. itu
nikmat terbesar yang Tuhan mahu bagi. Wajib aku syukuri. Jika sudah mati.
Itu juga satu nikmat. Jika mati nya dalam husnul khotimah (akhir yang baik)
dan jiwa yang tenang. Sungguh beruntung hamba bergelar muslim itu. Hidup
atau mati, kedua-duanya mampu menjadi jalan untuk mendapatkan
kasih-sayang dan redha Tuhan. Tenang untuk berjumpa kembali dengan si
Pencipta.
Sudah aku pasakkan niat, tidak mahu susahkan orang tuaku (lebih-lebih lagi Abah) dengan sikap si anak yang "perasan kaya". Hanya rajin mahu call ibu/ayah bila poket sudah kering. (Huh...what kind of son?). Nauzubillah. Aku belum lagi sampai mahu jadi macam ni.
Belajar jadi matang dan mampu berdikari. Sudah sampai masanya cari duit sendiri. Kalau dulu bolehlah perasaan 'kaya' sepanjang 3 tahun belajar walaupun sumbernya dari pinjaman negeri -.-'
keluargaku sederhana saja. Bukan dari keturunan billionare, sultan ape lagi ulama. Tapi bila aku fikir balik, ternyata percaturan Tuhan itu maha hebat dan luar biasa. 2 orang adik perempuan yang kian dewasa. Si ibu pula bakal mengijak umur setengah abad. Tiga orang wanita dalam keluarga aku, sudah cukup buat aku risau. Bimbang tak mampu jadi anak yang terbaik. Risau jika gagal jadi abang yang bertanggungjawab. Mereka adalah keutamaan aku. Ibu pula kunci syurga aku.
p/s: hujung minggu ni mahu pulang ke kampung sebelum nak hadap final exam. Kebetulan abang yang sulung nun jauh di utara turut sekali pulang ( & mahu belanja family...hehe). Cumanya si kakak yang 'sulung' tak dapat join sekali. -.-' Tak cukup korum untuk gathering. Tak pe lah. Tuhan mahu beri kesempatan lain.
___________________________________________________________________________________
*husnul khotimah = akhir yang baik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment