Wednesday, September 5, 2012

Dengan tangan sendiri.


Dulu aku pernah punya rasa begini

Rasa #1

Ibu : "Tolong buangkan sampah yang dah penuh melimpah ni dekat luar (tong besar di depan rumah)"
Aku: "alaaa....suruh orang lainlah buat"
Ibu: "Tolonglah mak kejap..."
Aku: ye la, ye la...


Ya, dengan tangan sendiri sampah aku buang tapi dengan muka masam mencuka. Kalau di uji dengan kertas litmus boleh tukar warna dari biru ke merah! Hati memang tak ikhlas penuh berasid. pH 1!


Rasa #2.

Ibu: Tolong pergi kedai kejap. Sekeping nota bertulis senarai barang yang mahu dibeli dihulur.
Aku: "emmm....orang sibuk lah mak...suruh yang lain lah"
Ibu: "Tolonglah belikan jap..boleh?"
Aku: ala mak ni...bukan banyak pun barang nak beli....
Ibu: "Mak tengah masak ni, barang tu penting....nak guna"


Sekali lagi, barang di pinta tetap aku beli dengan tangan sendiri. Tapi, dalam hati penuh rasa meluat dan tak suka. Ye lah. Waktu 'free' dan melepak sudah di ganggu. Konon alasan bilang 'sibuk' dijadikan hujah balas kepada ibu sendiri.


Rasa #3

Ibu: "Tolong sidaikan baju ni kejap. Mak letih....(lepas memasak, kemas rumah, basuh baju...)"
Aku: "jap lagilah....ada kerja nak buat ni"
Ibu: "Tolonglah kejap, kat luar tu tengah panas terik"
Aku: "Alaa mak ni......"
Ibu: .......

Baju tetap aku sidai di ampaian. Dengan tangan sendiri. Tapi dengan muka kelat. Mencebik. Habis lintang pukang baju di ampaian. Buruk nampak gaya baju disidai. Ahh.....janji buat!. Hati aku menjawab.



Rasa #4

Ibu: "Tolong potong rumput depan rumah ni...dah panjang..."
Aku: "esok-esok je lah....mana ada panjang...kan hari tu baru potong (saja aku berdalih)"
Ibu: "Tolong lah....buat sikit-sikit...
Aku: "orang penat lah mak, nantilah..."
Ibu : .......................

Akhirnya, rumput yang panjang tetap aku potong. Dengan tangan sendiri. Cincai aku potong. Ada yang masih panjang. Ada yang pendek. Lansung aku tak peduli. Yang penting dah potong!




Rasa #5

Ibu: "Tolong hantar Mirza (adik yang bongsu) pergi sekolah agama. Ayah tak dapat hantar. Ada mesyuarat"
Aku: "Orang tengah tidur ni....letih...suruh yang lain tak boleh ke?"
Ibu: "Tak ada siapa kat rumah ni....tolong lah kejap"
Aku: ........Mattttt!!!! (Panggilan untuk adik)...cepat r siap...kacau ja orang nak tidur.
Ibu: ...........................

Kunci motor diambil. 'Tugas' hantar adik pergi sekolah tetap aku buat. Dengan tangan sendiri. Tapi penuh dengan rasa 'tension' bila waktu keemasan mahu tidur di ganggu.

Tapi  sekarang aku punya rasa yang ini:

Bila ibu minta tolong buat itu ini.

Aku bilang pada diri. 

 "Ibu tengah beri peluang untuk dapatkan kunci syurga dari dia!"


Cukup sudah dosa bertimbun yang aku kumpul sebelum ni. Tak sanggup aku hilang kunci syurga tu. Perik. Masih belum insaf lagi? bila aku kenang semua sikap 'rebel' dan ego aku serius boleh buat aku menanggis!. Betapa hal yang aku lihat kecil dan remeh sebenarnya mungkin maha besar disisi Tuhan!.

Ingat. Biar sekadar sampah mahupun barang keperluan dapur. Itu semua peluang dari Tuhan untuk engkau dapatkan redha dia. Aku pasti, engkau mesti terharu kalau Tuhan berikan syurga hanya sebab sampah! Syaratnya mudah. Buat dengan hati yang ikhlas kerana Tuhan. Nothing else.


Pohon pada Rabbmu, "Bimbing aku wahai Tuhan untuk terus berbakti pada ibu dan abah. Kurniakan aku kekuatan untuk terus melakar senyum di wajah mereka dengan khidmat kebaikan dari tangan aku sendiri. Amin

".........dan kepada kedua orang tua mu, berbuat baiklah..."
(17: 23).

"....rendahkanlah dirimu terhadap keduanya (ibu bapa) dengan penuh kasih sayang..."
(17: 24)


".....Kami wajibkan kepada manusia agar berbuat kebaikan kepada kedua orang tuanya..."
(29: 8)


".....kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) "
(31: 14)

"....kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya: ibunya telah mengandungnya dengan menangung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah"
(46: 15)

"....sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya (Ibu)"
(
Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 3104)

_____________________________________________________________________________________________
p/s: Aku suka jika aku mati dalam keadaan aku tengah tolong ibu buat kerja. (Tolong buang sampah? Sidai baju di ampaian? Pergi kedai beli barang? Kemas rumah? Hantar adik pergi sekolah?). Ya aku suka, jika itu boleh aku jadikan tukaran membeli syurga!

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum..

huhu...dlu penah gak wt cmtu kat mak. skg pn ade buat gak. n alhamdulillah da trsedar la sket lps bce artikel ni. hhuhu...trima ksih T__T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis