Thursday, September 13, 2012
Selisih 4 hari
Kalau dulu aku mungkin hanya dengar berita lewat cuping teliga.
Kalau dulu aku mungkin hanya baca lewat pesanan ringkas (sms).
Kisah sedih dan musibah orang lain.
Kalau dulu aku mungkin hanya baca lewat pesanan ringkas (sms).
Kisah sedih dan musibah orang lain.
Ya, waktu itu mulut mudah saja ucap
"Innalilahi wa inna alaihi rajiun"
"Moga roh arwah Tuhan rahmati"
"Innalilahi wa inna alaihi rajiun"
"Moga roh arwah Tuhan rahmati"
"Banyakkan berzabar ye"
"Al-fatihah, moga roh arwah dicucuri rahmat"
Sekarang,
Bila ujian Tuhan betul-betul tepat menimpa kami sekeluarga.
"Al-fatihah, moga roh arwah dicucuri rahmat"
Sekarang,
Bila ujian Tuhan betul-betul tepat menimpa kami sekeluarga.
Atuk saudara (Tok Bik, belah ibu) meninggal selasa lepas (4hb)
Pakcik saudara (Paklong, belah ibu juga) meninggal sabtu lepas (8hb)
Selisih 4 hari, Tuhan ambil semula apa yang menjadi haknya. Atuk dan pakcik saudara pergi selamanya.
Baru aku rasa. Betul-betul tahu dan rasa bagaimana perasaan kehilangan orang yang kita sayang.
Ujian menjadikan kita lebih tabah daripada apa yang kita fikir, dan lebih cantik dari apa yang kita lihat |
Arwah selamat di mandi, kafan, solat dan kemudian kebumi. Dan aku sampai bila semuanya sudah selesai. Ya, tak sempat mahu lihat jenazah buat kali terakhir. Sedih. Terkilan.
Masa atuk saudara meninggal, aku di KL. Bergegas pulang ikut makcik saudara yang tinggal di kajang.
Selamat sampai ke kampung. Tapi jenazah sudah selamat di kebumi.
Masa paklong meninggal. Aku pula ada di Johor. Ada program di sekolah. Terus aku minta izin Mama Z (Pengarah program) untuk pulang sekejap. Janji aku, esok (waktu majlis penutupan program) aku akan datang semula. Selamat sampai ke kampung. Tapi, sekali lagi jenazah sudah selamat di kebumi.
Barangkali Tuhan mahu uji aku. Bagaimana rupa dan wajah rasa 'terkilan', 'Sedih', 'Sayu'.
Doa aku dalam tiap sujud. Moga Tuhan mudahkan urusan mereka. Moga Tuhan kurniakan syurga dan penghapusan dosa. Moga tiap air mata sanak-saudara yang tertumpah sebelum ini, jadi titipan doa buat arwah berdua.
__________________________________________________________________________________
p/s: I just miss you Paklong and Tok Bik so much.....May Allah make it easy for both of you. May He accept all your good deeds and erased all your sins. Ameen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam takziah:(
Post a Comment