Wednesday, November 7, 2012

Pandang sebelah mata? Hina?



Makcik itu hari-hari tugasnya sama

Pastikan pantry, washroom ladies and gentlemans dalam keadaan terurus, bersih dan kemas.

Tiap hari, sampah dalam tong di setiap ruang kerja staff dalam pejabat itu di pastikan di kutip.
 
Pakaian uniform nya tak berubah. Warna biru juga bila setiap kali aku masuk kerja.

Jawatannya bukan eksekutif, bukan CEO syarikat.

Hanya menurut perintah dan tugasan dari orang atasan.

Menguruskan soal kebersihan ruang kerja dan tandas.

Tapi mudah orang pandang hina. Mungkin juga jijik? Setiap hari jumpa, berselisih dengan mereka barangkali ada kalanya tak bertegur sapa. Mahu senyum pun payah. Sudah minum, makan, cawan pinggan mangkuk mudah saja terbiar tak bercuci dalam sinki. Dalam fikiran:

"Ada orang basuh, itukan tugas mereka?"

Tandas dibiarkan kotor, soal kebersihan langsung di tolak tepi. Alasannya 

"Sekejap lagi, ada orang tukang cuci! Don't worry...."

Satu saja aku mahu bilang pada orang yang punya sikap macam ini.

Bayangkan

'itu mak abah engkau yang sedang basuh cuci tandas!'

'Mereka juga punya keluarga, suami isteri dan anak yang mahu di jaga!'

'Mereka juga letih bekerja, sama macam kita!'

'Tak jatuh maruah. Tak tergadai status diri bila basuh sendiri cawan, pinggan!'


1 comment:

k.ramlah said...

dulu masa kerja dekat lab um akak masih ingat sorang kakak cleaner dari indon..

dan akak selalu cakap dengan dia, bestnye kerja akak..kita tukar kerja nak?

dan setiap kali itu jugak kakak tu akan gelak besar dan ingat kita main2 dengan dia..

padahal kerja dia malah mungkin punya darjat kemuliaan yang bagi akak lebih besar dari orang2 sekeliling dia..

jaga kebersihan, orang bahagia..orang suka.. kerja dia pun malah mungkin xsetension kerja manusia yang kena guna otak 24jam..

at tht moment cuma mmpu mnjadi sgt jeles dengan dia..(due to stress yg teramat dengan kerja lab..juga krn lupa utk bersyukur dgn nikmat sedia ada...huhu)

yang pasti2 both kerja pon sama.. nikmat kerja yg patut disyukuri.cari rezeki yang halal.. yg mmbezakan cuma He put me as a resercher, dan kakak tu as a cleaner.. thts all..tiada lebih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis