Thursday, May 24, 2012
The life of this world
I really love this words from Ibn Hazm al-Alndalusia, he said:
"The wise man knows that the only fitting price for his soul is a place in Paradise"
I wrote it down in my personal notebook. The words is deeply meaningful and keep me to be aware of this world. There is a beautiful saying that this world is like an ocean. The more you went into the sea, the more you will suffer and exhausted.
What Quran say about this world?
The saying of Ibn Hazm has made me to read and reflect back the Quran. Searching for the life of this word. What my creator say?
What is the life of this world but play and amusement? But best is the home in the hereafter, for those who are righteous. Will ye not then understand?
[Al-An'am 6:32]
Amazing! Such a great reminder from you. -.-'
I found out that, there were at least 11 places (each one is in different chapter and verse!) in the Quran that remind us about this world. Just imagine, Allah keep repeating about the life of this world to us because
He want to guide us.
He want to helps us.
To have a right way of looking at this world
57:20
3:185
4:77
18:45
10:7-8
6:32
47:36
9:38
29:64
35:5
26: 88-89
Try to read our own Quran (with translation). Allah described this world with such an amazing example.
It would be very good if we are able to memorize one of this verse. (of course we have to understand its meaning also). Then we can read in solah. For sure, it will remind us and the impact to our life and solah would be different. SubhanAllah!
______________________________________________________________________________________________
p/s: Tiada satu pun nikmat dunia yang dapat puaskan hati dan nafsu manusia melainkan apa yang Tuhan telah sediakan untuk hambaNya di syurga.
p/s: Nikmat dunia walau bagaimana mewah sekalipun, ia cuma sementara. Tapi nikmat syurga, Tuhan janji kekal selamanya.
p/s: Suatu yang sangat menarik bila Tuhan umpamakan kehidupan dunia itu samalah seperti hujan dan tanaman yang subur menghijau. Kemudian berlalunya masa, tanaman itu menguning, reput lalu hancur berterbangan di tiup angin. Betulah....Quran itu bermanfaat untuk orang yang berfikir.
2 years
Credit |
Abah
2 tahun lagi akan bersara
Umurnya 30 tahun lebih tua dari aku.
Memerah keringat untuk mencari rezeki,
Menjadi satu-satunya punca rezeki buat keluarga
Bila kami adik beradik masih di bangku sekolah.
Ibu,
2 tahun lagi genap lah usianya 51 tahun
Dari rahimnya, Tuhan kurniakan 6 orang anak
Menjadi suri rumah sepenuh masa,
Dari anak pertama hingga sekarang
membesarkan kami 6 beradik
di didik dengan agama, adab dan akhlak
Sampai mati aku tak mampu balas jasamu.....ibu
Abang yang sulung #1
2 tahun lagi mungkin sudah berkeluarga
Bertambah amanah, seiring dengan bertambah usia
Alhamdulillah, sudah berkerjaya,
kini masanya membalas jasa
Adik #3
2 tahun lagi bakal habis degree nya
Akan mula kenal dunia sebenar
Atau mungkin teruskan niat mahu belajar
Menjangkau usia awal 20-an
Terus mengejar impian dan cita
Adik #4
Si kakak 'sulung' dalam keluarga
2 Tahun lagi bakal habis pengajiannya
Tuhan, Engkau kurniakan nikmat yang tak ternilai
Dipilih untuk belajar dan menghafal Quran
Dalam sujud, aku sentiasa doakan kemudahannya
Adik #5
2 tahun lagi bakal menempuh alam kampus
Si adik perempuan yang kian dewasa
Pemalu orangnya
Tapi manis dengan senyuman
Sekarang sedang bersedia untuk SPM 2013
Adik #6
Teruna yang paling kecil
Bersiap untuk UPSR 2013
2 tahun lagi bakal menginjak alam remaja
Meninggalkan alam kanak-kanak
Bersedia mengikuti jejak abang dan kakaknya.
Aku?
2 tahun lagi
Kalau aku masih hidup, ya. itu
nikmat terbesar yang Tuhan mahu bagi. Wajib aku syukuri. Jika sudah mati.
Itu juga satu nikmat. Jika mati nya dalam husnul khotimah (akhir yang baik)
dan jiwa yang tenang. Sungguh beruntung hamba bergelar muslim itu. Hidup
atau mati, kedua-duanya mampu menjadi jalan untuk mendapatkan
kasih-sayang dan redha Tuhan. Tenang untuk berjumpa kembali dengan si
Pencipta.
Sudah aku pasakkan niat, tidak mahu susahkan orang tuaku (lebih-lebih lagi Abah) dengan sikap si anak yang "perasan kaya". Hanya rajin mahu call ibu/ayah bila poket sudah kering. (Huh...what kind of son?). Nauzubillah. Aku belum lagi sampai mahu jadi macam ni.
Belajar jadi matang dan mampu berdikari. Sudah sampai masanya cari duit sendiri. Kalau dulu bolehlah perasaan 'kaya' sepanjang 3 tahun belajar walaupun sumbernya dari pinjaman negeri -.-'
keluargaku sederhana saja. Bukan dari keturunan billionare, sultan ape lagi ulama. Tapi bila aku fikir balik, ternyata percaturan Tuhan itu maha hebat dan luar biasa. 2 orang adik perempuan yang kian dewasa. Si ibu pula bakal mengijak umur setengah abad. Tiga orang wanita dalam keluarga aku, sudah cukup buat aku risau. Bimbang tak mampu jadi anak yang terbaik. Risau jika gagal jadi abang yang bertanggungjawab. Mereka adalah keutamaan aku. Ibu pula kunci syurga aku.
p/s: hujung minggu ni mahu pulang ke kampung sebelum nak hadap final exam. Kebetulan abang yang sulung nun jauh di utara turut sekali pulang ( & mahu belanja family...hehe). Cumanya si kakak yang 'sulung' tak dapat join sekali. -.-' Tak cukup korum untuk gathering. Tak pe lah. Tuhan mahu beri kesempatan lain.
___________________________________________________________________________________
*husnul khotimah = akhir yang baik
Sunday, May 13, 2012
kenapa 3 bulan?
Tempoh 3 bulan yang aku pilih untuk hafal 1 juz Al-Quran (Surah Al-Baqarah: 1- 141) bukanlah dibuat atas dasar suka-suki tali kecapi, tapi penuh dengan alasan tersendiri (*ceh, ayat nak sedap, pengaruh karya Khalil Gibran).haha. Siapa-siapa yang berniat dan berazam untuk mula menghafal Quran akan meletakkan jangka masa (time frame) masing-masing. Dan bagiku lama/singkat tempoh tu bergantung pada teknik & situasi masing-masing.
Bulan Ramadan akan tiba kurang dari 3 bulan dari sekarang. Jadi plan nya sebelum ramadan aku sudah boleh hafal 1 Juz. Dan aku akan peruntukkan tempoh sebulan sepanjang bulan ramadan untuk revise dan ulang balik semua ayat dalam Juz 1. (Surah Al-Baqarah, mula ayat 1 hingga 141). Jika hasrat ni berjaya, ramadan tahun ni akan jadi yang paling best bagi aku. Mahu gunakan sebaik mungkin peluang bertemu Ramadan. Risau jika ini my last Ramadan.
Macam mana mahu hafal?
1. Baca 3 baris ayat Qur'an per hari (3 baris sehari)
Cukup. Tak lebih dari itu. Langkah pertama aku baca dengan melihat Mushaf & ulang sebanyak 10 kali (lebih lagi bagus), baca dengan melihat Mushaf sangat penting untuk pastikan bacaan kita betul (terutama panjang pendek). Kemudian aku akan ulang 3 baris ayat tu 10 kali (tanpa melihat mushaf Quran). Kalau tersangkut-sangkut, aku akan refer balik mushaf sampailah betul-betul ingat.
Proses ni hanya ambil masa antara 10-15 minit dari 24 jam hidup kalian iaitu lebih kurang 1% sehari.
2. Ulang 3 baris ayat dalam solat
Setiap kali solat bacalah 3 baris ayat yang sudah dihafal tu. (Maknanya, dalam sehari aku akan ulang dan ulang paling kurang 5 kali).
3. Ulang step 1 & 2 untuk ayat-ayat seterusnya.
Gunakan Mushaf Quran yang sama.
Bagiku, adalah lebih baik jika kalian khususkan satu mushaf untuk tujuan bacaan dan hafalan. (nak gunakan ipad pon boleh..hehe). Tapi aku lebih suka mushaf uthmani yang biasa kita guna. Sebab? Dalam mushaf uthmani :
Satu Juz Quran ada 20 muka surat (10 helai)
Setiap muka surat pula ada 15 baris ayat.
Jadi untuk hafal satu muka surat Al-Quran perlukan masa lebih kurang 5 hari:
Perhatikan dalam mushaf ni ada huruf-huruf yang berwarna hijau, biru, merah....etc (aku sangat suka sebab aku agak lemah dalam bab hukum tajwid). Jadi warna ala-ala pelangi ni mudahkan aku untuk semak bacaan supaya betul (dengung, panjang, pendek bacaan)
Formula hafalan
1 m/s = 15 baris ayat
Target: 3 baris ayat sehari, 15 / 3 = 5 hari untuk satu m/s
Aku ubah sikit formula ni, aku tambah lagi extra 2 hari. Kenapa? Supaya ada lebih masa untuk betul-betul hafal kesemua 15 baris ayat (satu muka surat). Aku tak akan pindah pada ayat yang lain selagi bacaan sebelum ni belum betul-betul mantap.
Maknanya, 7 hari (seminggu) diperlukan untuk boleh hafal satu muka surat.
Caranya?
1st day:
1st day:
aku baca semua 15 baris (satu muka surat) sekali dengan terjemahan dia. Ini sangat penting, ia akan banyak bantu semasa proses nak hafal. Kita boleh faham apa mesej ayat yang akan kita hafal. Secara tak langsung kita sebenarnya sedang tadabbur (menghayati & memikirkan makna ayat-ayat Quran). Ulanglah baca satu m/s ni sebanyak yang mampu supaya otak & lidah akan familiar dengan sebutan dan makna.
Guna formula 3 baris ayat/hari. Jadi 5 hari sudah boleh cover semua 15 baris. Dan jangan lupa ulang ayat-ayat sebelum tu.
7th day:
Ulang balik kesemua 15 baris ayat. Pastikan hafalan kita sudah betul-betul mantap. Lagi bagus jika kita boleh faham makna setiap ayat. Sebab setiap ayat dalam Quran jika dihayati memang saling berkait. Jadi ini akan mudahkan proses nak hafal. Kira macam jadi sebuah story lah. =)
Note: Bila sudah konfident tahap yang tak boleh dipertikaikan lagi (cam hape ayat ni..hehe), maka bolehkan maju ke m/s seterusnya. Oh, jangan lupa untuk mintak kawan yang bagus bacaan Quran untuk semak hafalan kita. Kalau dapat baca depan Tok Imam/Guru Quran lagi osem!
Mind map untuk menghafal Quran. (11 tips)
Setiap kali aku berjaya hafal satu-satu ayat Quran, I said this to myself (self monolog)
"Kemampuan menghafal ayat Quran hanyalah kerana izin dan rahmat Tuhan.
Jadi bersyukur lah"
Jadi bersyukur lah"
p/s: jika kalian mahu cuba kaedah ini, sangatlah digalakkan. Formula ini mungkin sesuai dan mungkin tak sesuai bagi kalian. There is no one size fits all. Formula ini adalah nasihat daripada video ni.
p/s: aku ada habit untuk ulang bacaan Quran yang aku hafal (termasuklah surah-surah pilihan yang sudah di hafal) bila time bawak motor. Terkumat-kamit mulut baca. Ini satu cara. (tapi pastikan fokus bawak motor tak lari, jika tidak eksiden jawabnya!)
_________________________________________________________________________________
*Mushaf : merujuk kepada kitab al-Quran
*Juz : bahagian dalam Quran. Jumlah semuanya ada 30. Setiap Juz dalam Quran mengandungi ayat tertentu. Contoh: Juz 1 mengandungi surah Al-Fatihah & Al- Baqarah ayat 1 -141.
Thursday, May 10, 2012
Mereka inspirasiku
Mereka memberiku inspirasi.
Terus terang ada 4 individu yang sangat-sangat memberiku inspirasi, motivasi, dedikasi, apa-apa saja 'si' untuk aku mula set up my goal to read, understand and memorize the Qur'an (1 juz in 3 month.) Sungguh, aku sangat kagum dengan mereka!
Siapa mereka?
#1 Mereka yang jauh dari aku. Aku hanya kenal melalui dunia alam maya
Nabiollah (10 tahun), Rifdha (10 tahun), Djamil (10 tahun). Mereka semua adik-adik dalam dokumentari "Koran by Heart"
Sudah mampu menghafal penuh Quran. Dokumentari penuh di sini
#2 Dia yang asing bagi aku. Aku hanya kenal lewat uncle Youtube and Makcik Fb, but this guy is really cool! Especially when he recited surah Al-Muzzammil.=)
Bro Fatih Seferagic. Ini Fb dia.
#3 Mereka yang sederhana dekat dengan aku. Ku kenal lewat blog peribadi beliau.
Si celik adik Darwish dan kakaknya yang sumpah comel, adik Darwisya.
*Aku cadangkan kalian update info-info terkini tentang kaedah mengajar menghafal Quran dari bayi dari belog Puan Lina Karim ni (through email). Serius, sangat banyak ilmu dan tips.
Si celik adik Darwish dan kakaknya yang sumpah comel, adik Darwisya.
*Aku cadangkan kalian update info-info terkini tentang kaedah mengajar menghafal Quran dari bayi dari belog Puan Lina Karim ni (through email). Serius, sangat banyak ilmu dan tips.
#4 Mereka yang sangat dekat dengan aku. Darah sedagingku.
My own sister. SubhanaAllah.....Allah gave my family and I such amazing sister. Alhamdulillah! Right know she is currently doing her diploma in tahfiz Quran (sudah mahu masuk 3 semester). She already memorized 10 juz of Quran (one third of Quran)...wah!....malu aku... -.-'
Semoga Allah kurniakan pahala yang besar dan berterusan pada semua individu ni.
p/s: I'm 23 right now (dah tua baru mahu hafal Quran...huh). Well, for me age is irrelevant, it's about memorization. Have a pure intention (niat) to seek Allah's pleasure. To worship and please Allah is my ultimate purpose of life. That's all. Mohon doa kalian. ^^
Wednesday, May 9, 2012
"Mula bulan Mei, tempoh 90 hari"
"Mula bulan Mei, tempoh 90 hari"
Sebelum kalian baca posting ni, cuba check kalendar masing-masing. Pejam celik, sudah 9 Mei (17 Jamadil Akhir) (Waktu artikel ni di tulis). Tinggal kurang 90 hari, atau lebih tepat 72 hari sebelum Ramadan. Wah!...... Time is ticking so fast! Sudah mahu masuk ramadan....Tak percaya? Aku dah kira, betul tak tipu. ^^
Ramadan yang paling best. Bagaimana?
Aku terfikir satu cara macam mana mahu jadikan ramadan kali ni adalah yang terbaik & hebat dalam hidup. Berbeza dengan Ramadan sebelumya. Caranya? Fikir dan fikir, Tuhan beri ilham dan idea:
Ideanya mahu:
hafaz 1 juz Al-Quran dalam tempoh 3 bulan
Mind Map # 1
Tips & panduan untuk mula menghafaz Quran bagi level beginner macam aku.Semoga Allah kurniakan syurga buat Murabbi ku atas nasihat yang amat berguna. (Video) |
Mind Map # 2
7 surah pilihan untuk dihafal
Mind Map # 3
Modus operandi untuk menghafaz Qur'an.Salah satu ayat Quran yang betul-betul buat aku termenung jauh.... -.-'
Sesungguhnya Kami telah permudahkan
Al Quran itu untuk dikuasai maka tidak adakah orang yang sudi menguasainya
(Mengambil Pelajaran)?
Ya Allah, bila aku jumpa ayat ni (snap on my face!) *Malu dengan diri sendiri. Hambamu sahut pelawaan mu wahai Tuhan!(Al Qamar : 17)
p/s: Ada 4 individu yang memberi aku inspirasi untuk mula menghafal Quran ni. Siapa mereka nanti aku kisahkan ya.
p/s #2: Niat untuk mula menghafaz Quran ini tak berakhir sampai juz 1, kalau Allah
Ar-rahman ar-rahim izinkan, aku azam mahu hafal semua ayat-ayatNya (30 Juz). Tapi
mula dengan yang kecil tapi berterusan.
p/s #3: Jika kalian sedang baca posting ni, satu saja yang aku mohon. Doakan
semoga aku konsisten (istiqamah) dan ikhlas. Amen. Doa kalian aku harapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)