Monday, July 23, 2012

Nikmat #1: Family gathering


Berkira-kira, 
1, 2, 3
Saat aku tulis artikel ini, ramadan sudah masuk hari ketiga. Sungguh.....cepat masa berlalu.
Sambil menulis, sambil telinga mendengar tafseer audio surah al-Baqarah ayat 1-7 (NAK: Ustadh Nouman Ali Khan). My favourite teacher.

Mahu jadikan ramadan tahun ini satu tempoh paling unik dan terbaik. Sudah aku coretkan cara aku mahu jadikan ramadan kali ini suatu yang ada 'umph!' (Boleh baca di sini: kenapa 3 bulan)

Sungguh, memang satu nikmat
Tuhan berikan
Bila dapat berbuka puasa dan solat maghrib bersama keluarga. Ramadan hari pertama memang satu rahmat. Alhamdulillah

Bukan mudah dapat peluang sebegini.
Sebab masing-masing ada urusan. Setiap orang punya tuntutan kerjaya, belajar dan aktiviti lain.

Abang yang sulung di mudahkan urusan untuk pulang di hujung minggu walaupun sibuk dengan kerja. Lagilah bila sekarang sudah menetap nun jauh di utara (Kedah).

Lagi sekali nikmat, tuhan mudahkan urusan aku untuk turut sama pulang waktu ramadan pertama. Sebab kebiasaannya waktu hari bekerja aku tinggal di KL. Jadi aku kira menyambut ramadan yang pertama bersama keluarga satu peluang yang aku takkan siakan.

Adik lelaki yang ketiga pula sekarang cuti semester (seminggu). Sekali lagi Tuhan caturkan si adik dapat bersama-sama keluarga. Sama juga dengan adik perempuan (No.4). Memang jarang dia dapat pulang ke kampung disebabkan tuntutan belajar dan sentiasa sibuk dengan aktiviti di Darul Qur'an. 

Adik perempuan yang bakal menghadapi SPM tahun depan juga tuhan limpahkan rahmatnya bila dapat pulang di hujung minggu.

Adik beradik semua sudah besar panjang. Belajar hidup berdikari dan bermusafir ke negeri orang. Dari enam-beradik, lima sudah tinggal berjauhan dari orang tua. Si abang di kedah, yang angah di KL, adik ketiga di UiTM Shah Alam, yang 'kakak' sulung di Darul Qur'an (Selangor). 'Kakak' yang seorang lagi tinggal di asrama. Tinggalah adik lelaki bongsu (darjah lima) yang memang sudah sentiasa ada dekat rumah. =)


Apa lagi nikmat yang lebih besar bila Tuhan kumpulkan kami adik-beradik dapat bersama berbuka puasa dan kemudian solat maghrib bersama. Saat-saat begini sangat jarang untuk diperoleh. Maka aku kira itulah rezeki Tuhan buat kami sekeluarga di hari pertama ramadan. Alhamdulillah.


"....Bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan yang menggembirakannya: Apabila ia berbuka ia gembira, dan apabila ia menemui Tuhannya, ia gembira dengan puasanya." 

Ya, aku sangat gembira dengan nikmat Tuhan di ramadan pertama!



p/s: Tuhan, aku pohon dipanjangkan umur agar bisa merasa nikmat ramadan hingga penghujung.

2 comments:

saie said...

saya belum sempat pulang =(. tapi insya allah bakal pulang. baiti jannti kan...home is always heaven .

muzze spas said...

insyaAllah, may Allah make it easy for u....bila suma adik2 suda besar n duduk jauh....then dapat buat 'reunion' sekali sekala memang satu rezeki n nikmat!....agree with u...home is always heaven..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis